10 Nasihat Kuliah Maghrib Masjid Puncak Alam

Kuliah maghrib di Masjid Puncak Alam : 1. Kebaikan yg sebenarnya sebagai Muslim ialah beriman dgn Allah dan hari akhirat.

2. Hati kena beriman dan taat menunaikan segala suruhan Allah serta meninggalkan segala larangannya.

3. Sebagai Muslim sejati kita wajib membimbing umat Islam lain yg telah melakukan kesalahan mengajak serta menegur ke jalan yg betul berlandaskan hukum Allah.

4. Allah sentiasa nemberi taufik dan hidayah kpd orang Islam yg insaf & sedar serta bertaubat dgn apa dosa2 yg telah dilakukannya.

5. Kita hendaklah dekati serta bergaul dgn orang2 yg sangat cintakan Allah yg sentiasa melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangannya.

6. Latih hati serta lidah kita utk selalu berzikir dgn kebesaran zat Allah. Ini merupakan pendinding jiwa tidak nudah terpengaruh dgn bisikan2 syaitan.

7. Banyakkan zikir dgn kebesaran zat Allah sebelum tidur dan niatkan bahawa tidur ini sebagai ibadah kpd Allah. Bila bangun dari tidur mulakan dgn ucapan Alhamdulillah tanda syukur kpd Allah yg menghidupkan kita semula dari mati.

8. Kita digalakkan bermuzakarah ttg ilmu yg berkaitan rapat dgn konsep keimanan.

9. Sebagai manusia sudah menjadi lumrah kita melakukan dosa samada kita sedari atau tidak , maka sebelum kita tidur di galakkan melakukan solat sunat taubat mudah2an kesalahan yg kita lakukan di sepanjang hari di beri keampuanan oleh Allah.

10. Ingatkan diri sendiri bahawa ajal dan maut semakin hari menghampiri kita maka kita hendaklah bersedia utk pergi ke alam barzah. Mudah2an segala amalan mulia kita di atas dunia ini diterima oleh Allah dan menjadi aset penting bila mengadap Allah Taala kelak. Aamiin.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.