10 Tips Nak Beli Durian

*KONGSI 10 TIPS UNTUK MEMILIH DURIAN*
*1. Bentuk bulat.*
Durian berbentuk bulat mempunyai isi yang banyak berbanding bentuk lonjong.
*2. Berat durian.*
Makin ringan, makin banyak isi durian. Kalau ada dua durian yang sama saiz, ambil paling ringan.
*3. Tangkai.*
Tangkai pendek dan tebal menandakan isi yang tebal dan banyak. Perhatikan juga tangkai kering atau terpotong. Tak ada tangkai, tak payah beli.
*4. Bunyi.*
Ketuk durian dan pilih yang berbunyi padat semasa diketuk.
*5. Duri.*
Pilih durian yang berduri pendek dan jarang untuk isi yang padat.
*6. Bau.*
Hidu durian dan cari yang berbau manis.
*7. Juring.*
Durian berjuring lima paling ideal untuk dapatkan isi yang banyak dan besar. Makin banyak juring, makin kecil isi.
*8. Kulit.*
Pilih durian yang belum dikopek atau tidak merekah kulitnya. Perhatikan keadaan kulit. Kalau ada tompok hitam itu tanda isi dalam buruk.
*9. Warna.*
Dah pilih, minta penjual belah untuk rasa dan tengok isi. Kalau tak ok, minta tukar. Kulit berwarna kuning tak bermakna isinya kuning juga.
*10. Musim.*
Beli masa musim panas/kering jgn semasa hujan/lembap. Takut terbeli durian yang ‘dipulas ribut’.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.