3 amal waktu malam menjemput rezeki.

1. Subhanallah 33x
Alhamdulillah 33x
Allahuakbar 34x

2. Al-Waqiah,
– menceritakan tentang hari akhirat
– dengan membacanya, hidup kita tidak akan ditimpa kepapaan
– dapat mengubat hati, beri hati kita luas.

3. Bangun tidur puji Allah
Lailaha illallah
La haula wala quwwata illa billah

Allah kata, hamba-Ku bangun je tidur, dia memuji-Ku, minta ampun pada-Ku, Aku ampunkan. Apa yang dia minta pada-Ku, Aku berikan.

Jangan pandang rendah pada Al-Quran. Kita baca Quran, sebab kita cinta Allah. Takde siapa boleh beri rasa bahagia, rasa tenang melainkan Allah.

Kita rasa down bila orang nasihat kita, mengata kita, ibarat kita dijatuhkan, berbahagialah, selain Allah makhluk tak mampu berbuat apa apa. Hati hanya perlu takut pada Allah.

Jangan takut, terlalu hormat dan besarkan orang lain, tetapi mereka yang miskin, yang susah, layanan kita pada mereka sangat berbeza. Jaga standard. Jangan lupa diri, takde apa yang kita nak sombong, dunia ni Allah yang punya.

Kita zalim. Kita kejam. Solat sunat tunggang terbalik, tapi ada orang yang sedang terjun bangunan, menjerumuskan diri mereka ke lubang neraka. Mereka tak faham. Mereka tak tahu, maafkan mereka. Dan moga Allah ampunkan kita kerana kurang dakwah pada mereka. Tak usaha jadi baik sebagai contoh teladan buat mereka.

Ujian kita, nampak diri kita lebih baik, pandang rendah pada orang lain. Tengok mana mana anak Islam, tengok mereka dengan pandangan kasih, doakan mereka moga diberi hidayah dan kasih sayang dari Allah.

“Ya Allah, mereka tak tau, beri hidayah pada mereka, aku yang kurang, aku yang dhaif”
Ini kata kata Nabi, insan maksum, yang tiada dosa, yang tak pernah membenci sesiapa, hanya ingin kebaikan buat ummatnya. 😭

Terus berdakwah. Biar kita letih letih dalam kebaikan, segala yang kita perbuat tiada yang lain hanya untuk memperjuangkan agama Allah.

Sebelum tidur puji Allah. Bangun tidur puji Allah.

Dalam tahajud, bermadahlah, berseloka, puji Allah. “Ya Allah, saya tau saya yang riak. Terima kasih Allah kerana sayang saya, bagi nikmat pada saya, maafkan saya kerana tak dakwah”.

Dalam hidup kita, banyak puji Allah, amal tahajud, supaya diri kita rasa takde apa. Kita nak Allah sayang kita, maafkan kita. Dalam hidup ni biarkan orang benci kita, kerana dia tak tentukan hidup kita. ALLAH tentukan. Kun fayakun. Allah yang kehendaki atas apa yang terjadi.

Kita kurang dekatkan diri pada kebaikan. Kita lihat orang lain cacat, tak sempurna. Kita silap. Allah dah jadikan diri kita sebaik baik kejadian, setiap insan dilahirkan sempurna di pandangan Allah. Bersihkan hati, kita jadi lemah bila hati kita kurang bersyukur.

Amal setiap malam,

Al-Waqiah
Ar-Rahman
Al-Hadid

Moga Allah sucikan hati kita dari memandang dunia.

– Petikan dari sharing Ustaz Ebit, 16 Oktober 2017 –

#KalamMotivasi

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.