3 Tips Memilih Produk Affiliate Untuk

Tips 1 : Ikut niche pilihan/minat

Baiklah, anda lihat diri anda hari ini.

Adakah anda seorang ejen insurans, atau seorang blogger yang minat dengan topic pemasaran internet, atau pun seorang tukang kayu yang mahir membina rumah dan bangku untuk kedai-kedai.

Tahukah anda bahawa ada banyak produk digital yang di tulis oleh ramai pakar mengikut banyak kategori. Anda cari sahaja di internet ada banyak ebook atau rakaman video yang di jual mengikut sub kategori dan permintaan pasaran. Kebanyakan website yang menjual produk digital ini akan menawarkan ramai orang untuk menjadi ejen affiliate produk mereka.

Mereka juga akan menawarkan setiap ejen dengan komisyen yang tinggi iaitu sekitar 40-50% malah ada sesetengah produk itu mencecah sehingga 70%.

Banyak kan?

Oleh itu, jangan risau jika anda fikirkan bidang dan minat anda tidak punya permintaan. Pasti ada permintaan,pasti juga ada produk yang berkitan yang di jual.

Memilih produk mengikut minat juga akan memudahkan proses anda untuk mempromosikannya.

Tips 2 : Komisyen tinggi

Memang tidak di nafikan semakin tinggi komisyen produk affiliate itu, semakin besar harapan anda untuk buat duit lebih banyak. Jika satu-satu produk di tawarkan komisyen sehingga 50%, jika anda berjaya melakukan jualan untuk produk yang berharga sekitar RM 100.00, maknanya untuk satu jualan, anda boleh buat jualan sebanyak RM50.

Jika anda berjaya membuat jualan untuk produk tersebut sebanyak 10 sales sebulan, bermakna anda mampu mengutip komisyen sehingga RM 500 sebulan. Itu baru untuk 1 produk, bagaimana jika anda mampu menjual untuk 3 produk yang lain dengan harga dan komisyen yang lebih kurang sama dengan produk pertama tadi.

Ini juga antara cara yang sangat di gemari oleh ramai otai dalam memilih produk affiliate untuk mereka jual nanti. Paling penting produk itu punya demand tinggi, hot di pasaran, harga mampu beli dan komisyennya tinggi.

Tip 3 : Harga mampu milik

Sangat bagus jika produk itu bukan sahaja berkualiti, malah ia di jual dengan harga mampu milik. Dengan tawaran komisyen 50-70% anda juga sudah boleh menjana banyak wang jika di lakukan dengan cara yang betul.

sumber : susahsenangblogger

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.