4 PENGALAMAN NGERI ISTERI KETIKA HAMIL YANG SUAMI PERLU FAHAM

Assalamualaikum

Bukan senang nak jadi makhluk bernama perempuan! Suami kena faham lagi lagi bila si isteri sedang hamil. Jadi, ada 4 jenis pengalaman ngeri isteri ketika hamil yang suami perlu faham dan take note ye. Antaranya adalah Sembelit dan buasir, kaki krem, sakit kepala dan jangkitan pada jahitan (selepas bersalin). Jadi ini antara pengalaman yang aku nak kongsikan dengan para isteri dan suami so that si suami sila la hargai isteri masing masing ye. Apa pun pengalaman ibu hamil dan bersalin ni tak sama. Tapi boleh dikatakan ramai jugak yang mengalami pengalaman yang sama macam puan Najihah ni.

Jom kita sama sama kongsikan pengalaman ngeri Puan Najihah ketika hamil.

**************************************************************************
Dr.
Najihah, seorang Pensyarah, blogger dan juga ibu yang berpengalaman ini
berkongsikan pengalaman beliau sewaktu hamil dan berpantang dari anak
pertama hinggalah anak ke enam. Ibu beranak enam ini akhirnya menemui produk yang dapat menyelesaikan
masalah sembelit, buasir dan sakit kepala yang amat sangat ketika hamil.

.
PENGALAMAN NGERI KETIKA HAMIL?
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak
ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung,
kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan
berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang
jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)

.
1. SEMBELIT DAN BUASIR
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah
sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis
dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai
berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang
air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini
menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan
ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

.
2. KAKI KREM
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem)
terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas.
Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis
menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan
kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

.
3. JANGKITAN KUMAN PADA JAHITAN
Dulu
sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah
mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia
berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak
kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana
jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius
disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

.
4. SAKIT KEPALA
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang
sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran
akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara
pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3
minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga
beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan
kurang bermaya.

.

 
SET KEHAMILAN SHAKLEE TELAH MERUBAH SEGALA GALANYA!
Alhamdulillah, setelah mengamalkan
Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B
Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5
yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu
sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri
terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

.
LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH..
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan
perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada
rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan
yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa
sebarang jangkitan!

.Atas sebab keyakinan itulah saya
teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6
yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara
pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan
sehingga saat nak melahirkan. 

  Tabahnya seorang wanita yang beranak enam ni kan? 

Alhamdulillah,
walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan
sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti
bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang
menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya
dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee
dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2
orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya
menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan
dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!
http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.