6 Penyebab Orang Kurus Susah Naik Badan

6 Sebab Orang Kurus Susah Naik Badan yang boleh kita ikut. Biasa kan kita jumpa orang makan banyak gila tapi badan dia sangat kurus dan lansing? Kadang-kadang sakit hatikan bila jumpa golongan macam ni. HAHAHA (saya sangat paham perasaan macam tu). Apa lagi kalau kita-kita ni jenis yang senang sangat nak naik berat badan. Boleh stress tau hahah.

Nak tau penyebab-penyebab kenapa golongan begini susah sangat nak naik. Antara kajian-kajian medical yang pernah dilakukan adalah seperti berikut :

1. Mereka hanya mengisi perut sebanyak 80% sahaja

Faktanya, walaupun si kurus mempunyai nafsu makan yang sangat besar, sebenanrnya mereka hanya mengisi perut mereka sebanyak 80% sahaja. Dan habit ini sangat baik, kerana mereka tidak memenuhkan perut mereka dengan 100% makanan. Maka metabolisma  yang ada memampukan mereka untuk membakar lemak-lemak dari makanan yang mereka makan itu. Jangan sampai kita-kita ni makan sampai tak ingat dunia lepastu termengah-mengah nak cakap pun tak boleh (HAHAH TAK BAIK TAU!

2. Mereka hanya makan ketika mereka tengah LAPAR


Orang kurus biasanya akan makan bila mereka lapar je. Mereka makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit, tetapi kerap. Jarang kita jumpa si kurus nak makan melahap. hihi Biasa mereka ini makan banyak kali sebab mereka hanya nak mencuba sesuatu makanan tersebut. THATS WHY LAAAA…


3. Mereka bukanlan seorang yang EMOTIONAL
Emotional eating adalah kesalahan terbesaq dalam diari seorang yang gemuk. Waktu mereka dalam keadaan tak stabil minda dan fizikal, kemungkinan mereka mengambil makanan berlebihan amatlah tinggi. Tengah marah, makan. Tengah bahagia pun makan. Sampai ade kategori gemuk yang diakatan amat sukar untuk kurus. Inilah dia. EMOTIONAL EATING! 
4. Buah-buahan adalah makanan sampingan sikurus

Kebiasaan orang kurus adalah memilih buah sebagai makanan sampingan mereka. Sebab itu berat badan mereka amat stabil. Tidak berlemak dan berkalori tinggi.
5. Mereka tidak makan sambil menonton TV dan apa saja pekerjaan lain
Makan sambil menonton TV memang sesuatu yang heaven. Tapi kalau tak pandai nak control jumlah makanan yang masuk dalam perut, ia amat membahayakan. Tips penting!! JANGAN LAKUKAN APA-APA KETIKA SEDANG MAKAN! (kerana ia akan menyebabkan anda lali dengan makan sambil membuat sesuatu pekerjaan)
6. Mereka mengendalikan diri mereka dengan baik
Mengawal diri sendiri merupakan kunci penting untuk mendapatkan tubuh yang lansing. So, sebab itu nak kurus dan lansing silalah mengawal diri anda. Nak pakai kejap ke lama badan tu?? hihi tepuk dada tanya badan. 
Begitulah sikap dan sifat orang kurus. So apa kata kita kawal makan dlu k. Dah boleh kontrol makan, In Sha Allah hangpa boleh kurus dengan jayanyaaa!!!
Bubyeee. Assalamualaikum!

Thanks for reading 😉

Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 – 880 5272
SID No : 1208072

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.