8 Perubahan Pada Akta Bankrap Negara

New Bankruptcy Act berkuatkuasa hari ini 6.10. 2017 (Selepas ini dirujuk sebagai akta insolvensi 1967)
Terdapat lapan (8) pindaan besar yang perlu kita tahu:-
1) Nilai minima untuk memulakan tindakan kebankrapan dinaikkan dari RM30,000 kepada RM50,000. 
2) Perlindungan Penjamin Sosial. Penjamin sosial diberikan pelindungan mutlak (tidak boleh dibankrapkan) kerana tidak mendapat sebarang keuntungan atau faedah daripada pinjaman yang dibuat oleh peminjam. Contoh : Pinjaman Pelajaran dan Pinjaman kereta. 
3) Terdapat mekanisme penyelamat sebelum seseorang dibankrapkan. Penghutang boleh berbincang dan berunding untuk penyelesaian sebelum dijatuhkan hukuman bankrap. Penghutang perlu memfailkan Penyata Hal Ehwal dan menyatakan jumlah Pemiutang yang ada. Perunding yang dilantik akan memfailkan Perintah Interim untuk penangguhan kes di Mahkamah selama 90 hari untuk berbincang dengan pihak Pemiutang. Peranan tersebut lebih kepada peranan seperti AKPK ketika ini. 
4) Pelepasan Tanpa Bantahan Pemiutang. Sebelum ini, Penghutang tidak terlepas dari kebankrapan sekiranya mereka meninggal dunia, penjamin sosial, pesakit kronik atau OKU. Selepas akta ini dipinda, pelepasan tersebut tidak boleh dibantah oleh pemiutang.  
5) Tabung Bantuan Insolvensi. Tabung Bantuan Insolvensi akan diwujudkan untuk tujuan menambahbaik dan memantapkan lagi pentadbiran kes-kes kebankrapan.  Buat masa ini, perkara tersebut juga ada disebut di dalam Seksyen  77 tetapi seksyen tersebut dibaca sebagai “ Investment of surplus funds”. 
6) Pelepasan automatik. Dalam pindaan baru nanti, orang yang bankrap boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh tiga (3) tahun dari tarikh pemfailan Penyata Hal Ehwal. Buat masa ini, orang yang bankrap hanya boleh dilepaskan dari kebankrapan dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Walaubagaimanapun, pelepasan ini tertakluk kepada perkara-perkara berikut:-
a) Memenuhi sasaran yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Insolvensi;
b) Sibankrap memfailan penyata pendapatan dan perbelanjaan setiap 6 bulan; dan
c) Tertakluk kepada bantahan pemiutang untuk kesalahan di bawah s. 421-424 Kanun keseksaan dan lain-lain bantahan.
7) Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang perlu diserahkan secara penyampaian Kediri.  Buat masa ini, tiada peruntukan di dalam Akta Kebankrapan. Ianya hanya ada di bawah seksyen  109 “Bankruptcy Rules”. Klausa ini bakal dimasukkan dalam Akta Kebankrapan.
8) Sistem Satu Perintah Kebankrapan diperkenalkan. Buat masa ini, terdapat dua (2) Perintah Kebankrapan iaitu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman. Orang awam ramai yang tidak tahu bahawa mereka telah bankrap kerana dalam tajuk Perintah tersebut tidak menyatakan bahawa mereka telah bankrap. Untuk memudahkan orang awam faham, selepas ini hanya akan ada satu perintah yang dikenali dengan perintah kebankrapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.