Anak Muda Nak Mula Business

Anak muda nak mula bisnes sangat saya syorkan. Kerana pada waktu muda anda ada tenaga dan masa yang sangat banyak. Idea juga fresh terbaik dari ladang.

Tapi yang menjadikan anak muda kita sekarang agak slow kerana malas. Malas dan takut ambil risiko. Anda merasakan risiko gagal itu bakal menghantui anda. Seolah-olah kalau gagal tu mesti mati masuk kubur.

Saya ada tips bagaimana menyelamatkan diri anda daripada gagal beribu kali.

Carilah seorang mentor bisnes. Seorang mentor yang akan menasihati kita waktu kita tersilap, memberi panduan dan pedoman untuk menjalankan bisnes. Kerana mereka telah melalui pelbagai cabaran. Dan mereka ada “WISDOM”.

So, mulai dari saat ini carilah seorang mentor yang boleh guide anda menuju ke puncak kejayaan. Cari mentor bukan cari janda kaya tau! HAHA! – AR

#Abangclarkken

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.