** Apricot Pie **

Assalamualaikum semua…

entry untuk this week..so just nak up entry pasal Apricot Pie yang aku wat last week actualy,but ni baru berkesempatan untuk up kat blog..

resepi doh aku ambil dari Kak Hana time aku buat Orange Yogurt Tart. Ok resepi tu aku tak up lagi dalam ni..hehe…sebab picture yang aku capture tak baper memuaskan hati aku yang berbentuk heart ni..so nanti aku buat lain cantik-cantik and aku up sekali dengan resepinya okey..

Bahan-bahan :

  • Bahan A
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising ( aku letak 80gm – tak suka manis-manis)
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • Bahan B
  • 1 biji telur
  • Bahan C
  • 420gm tepung
  • 1 sudu besar susu tepung

Bahan-bahan untuk filling:

1 Tin Apricot (kalau nak tambah buah-buahan lain pun boleh)


Cara-cara :
Masukkan Bahan A kedalam mangkuk adunan gaulkan kesemuanya dan kemudian masukan Bahan B.. Gaul lagi dengan jari jemari korang yang lembut itu, last masukkan Bahan C sehingga adunan menjadi seperti doh dan pastikan adunan tidak melekat pada mangkuk adunan. masukan adunan ke bahagian frozen selama 1jam.

Untuk pie aku ni, aku tak menggunakan acuan pie yang khas, itu yang pie aku ala-ala tapau kueh letak dalam tisu..huhu… so agak sudah 1jam keluarkan doh, and bolehlah korang memulakan bakar membakar…jangan bakar rumah sudeeehh… bakar dalam 190C dalam 30min, tapi korang boleh bakar dulu doh tersebut dalam 15min then baru letakan filling kemudian bake semula dalam 15min..jangan lupa cucukan permukaan doh dengan garfu ya… Selamat mencuba…

obj=new Object;obj.clockfile=”0023-ltgreen.swf”;obj.TimeZone=”GMT0800″;obj.width=130;obj.height=130;obj.wmode=”transparent”;showClock(obj);

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.