Bahaya Phone Scam

PHONE SCAM: JANGAN LAYAN, TAMATKAN SEGERA PANGGILAN BILA SINDIKET MULA MINTA WANG

Kuala Lumpur, 24 Oktober 2017 – Sindiket penipuan dalam talian semakin bijak menggunakan pelbagai cara untuk menyakinkan mangsa menyerahkan wang mereka.

Lebih membimbangkan apabila sindiket itu mempunyai butiran peribadi mangsa dan berani menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai bank untuk menyempurnakan penipuan mereka.

Rata-rata sindiket penipuan ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis, merakam keterangan mangsa dan meminta wang.

“Memang sukar untuk mengenal pasti sama ada ia adalah satu panggilan penipuan, tetapi apabila dia mula minta wang, itu tanda anda perlu menghentikan perbualan,” jelas Timbalan Pengarah Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, SAC Ahmad Noordin Ismail.

Ahmad Noordin mengulas mengenai sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai polis seperti yang dilaporkan Astro AWANI baru-baru ini

Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan, Ahmad Noordin menegaskan bahawa proses mengambil keterangan tidak boleh dilakukan menerusi telefon.

Ini jelasnya kerana, berdasarkan undang-undang setiap individu yang dirakam keterangan perlu membaca semula kenyataan tersebut dan menandatanganinya selain beberapa borang yang perlu diisi.

Beliau juga menyatakan bahawa orang ramai yang menerima panggilan oleh individu yang meragukan wajar menguji kesahihan pemanggil hingga mereka berasa gabra.

“Orang ramai perlu ingat bahawa mereka sentiasa mempunyai hak untuk bertanya. Siapa yang berada di talian? Siapakah nama anda? Siapakah Pegawai yang menjaga Daerah (OCPD) anda?” tambah beliau.

Statistik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menunjukkan kes penipuan menerusi panggilan telefon setakat bulan ini berjumlah 3, 096 kes, meningkat 112 peratus pada tahun ini berbanding tahun lalu.

Ia melibatkan kerugian sehingga RM70.5 juta ringgit.ntuk menyempurnakan penipuan mereka.

Rata-rata sindiket penipuan ini menggunakan modus operandi menyamar sebagai pegawai polis, merakam keterangan mangsa dan meminta wang.

Sumber: Astro AWANI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.