Bahaya Tak Kencing Kotor Semasa Hamil? Ini Tips Elak Kencing Kotor

Bahaya Tak Kencing Kotor Semasa Hamil? Kenali Punca Dan Tips Elak
Kencing Kotor.
Setiap kali checkup kehamilan di klinik kesihatan, mesti buat
ujian air kencing kan? Dan salah satu sebab  ujian tersebut dilakukan adalah untuk tahu sama ada ibu
hamil terkena kencing kotor atau tidak. Nasib baik masa saya mengandung
dulu tak pernah alami masalah kencing kotor. Setahu saya, ibu hamil yang
mengalami kencing kotor, akan merasa tak
selesa la, asyik rasa nak terkencing je tapi sikit je air kencing yang keluar.
Lepas tu rasa ngilu semacam. 
Kencing kotor selalu dialami oleh ibu hamil. 
MASALAH KENCING KOTOR SEMASA HAMIL 
Kencing kotor bukan bermaksud air kencing yang kotor atau
berkeladak, sebaliknya ia adalah jangkitan kuman di saluran kencing atau
Urinary Tract Infection (UTI). Jangkitan kuman melibatkan pundi kencing, ginjal, salur kencing
ureter (yang menghubungkan antara buah pinggang dan pundi kencing) dan salur
kencing urethra (yang menyambungkan antara pundi kencing keluar tubuh).
SEBAB IBU HAMIL KERAP KENA KENCING KOTOR
Wanita hamil sangat mudah mendapat kencing kotor. Sebabnya adalah :
  • Berlaku perubahan hormon ketika mengandung. Hormon yang tinggi
    menyebabkan kekuatan otot salur kencing ureter dan pundi kencing bertambah
    lemah, seterusnya merenggang dan melambatkan pengaliran air kencing
  • Saiz rahim yang membesar menekan salur kencing ureter dari luar
    menyebabkan pergerakan air kencing bertambah tersekat.
  • Otot pada pundi kencing menjadi lemah dan tak dapat mengempis dan
    mengeluarkan kesemua air kencing yang disimpan. Ini memudahkan kuman yang ada
    dalam pundi kencing terus membiak.
  • Air kencing wanita hamil lebih berasid dan lebih kandungan gula
    (kerana perubahan hormon) menyebabkan kuman bakteria mudah membiak.


TANDA TANDA IBU HAMIL KENA KENCING KOTOR
  • rasa kerap mahu kencing
  • merasakan seakan-akan
    terbakar pada alat sulit ketika kencing
  • rasa pedih dan sakit
    semasa kencing
  • rasa tidak puas kencing
  • rasa tidak dapat
    menahan kencing, walaupun kuantiti air kencing itu sedikit
  • air kencing mengandungi
    darah, berkabut atau berbau busuk
  • rasa sakit ketika melakukan
    hubungan seks
  • demam dan seram sejuk,
    sekiranya kuman telah merebak ke atas sehingga ke buah pinggang
  • sakit pinggang, demam, loya
    dan muntah

Risiko kelahiran bayi pra matang akibat kencing kotor semasa hamil

BAHAYA KENCING KOTOR SEMASA HAMIL

Wanita hamil yang kena kencing kotor mudah merebak ke buah
pinggang. Kesan buruk jika kencing kotor tidak dirawat ketika hamil akan
mengakibatkan:
  • Jangkitan kuman pada buah pinggang (pyelonephritis). Ia adalah
    komplikasi yang serius semasa hamil. Jangkitan kuman boleh merebak ke seluruh
    peredaran darah dan boleh menyebabkan kematian
  • Bayi berisiko lahir awal dan mempunyai berat badan yang rendah
    jika ibu ada komplikasi pyelonephritis.

TIPS UNTUK ELAK KENCING KOTOR SEMASA HAMIL
1. Minum banyak air bagi membantu mengeluarkan
kuman yang ada dalam pundi kencing.
2. Jika rasa hendak terkencing terus buang air kecil kerana
perbuatan menahan kencing hanya akan menggalakkan pembiakan bakteria di dalam
pundi kencing.
3. Jaga kebersihan diri. Setiap kali selepas membuang air
kecil, lap kawasan vagina dari depan ke belakanguntuk mengurangkan
bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
4. Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada fabrik kapas dan
longgar. Elakkan seluar dalam yang ketat atau diperbuat dari
fabrik nilon ketika hamil.
5. Selepas bersama dengan suami, buang air kecil sebelum
dan selepas
 melakukan hubungan intim tersebut.
6. Tukar pantyliner atau seluar dalam lebih kerap
jika berpeluh atau kotor.
7. Kurangkan pengambilan makanan manis atau
minuman yang mengandungi kafein.
8. Amalkan pengambilan Vitamin C (antara 250-500
mg), Beta-carotene (25,000-50,000 IU) dan Zinc (30-50 mg) sehari untuk membantu
melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan sangat lemah.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, pengambilan Vitamin C sangat baik untuk melawan jangkitan kuman akibat kencing kotor semasa hamil. Selain menjaga kebersihan diri, bagi saya, pemakanan juga sangat penting. Ramai ibu ibu di luar sana yang lebih menitikberatkan penjagaan luaran sahaja. Jadi ibu hamil juga boleh mula mencuba mengamalkan pengambilan supplemen Vitamin C untuk masalah kencing kotor semasa hamil
VITAMIN C DAN GARLIC UNTUK MASALAH KENCING KOTOR SEMASA HAMIL
Jika ibu hamil terkena kencing kotor, ibu boleh mula untuk amalkan Vitamin C seperti yang disarankan oleh Dr Zubaidi dan tambahan Garlic (bawang putih) Kenapa kedua dua vitamin ini baik untuk masalah kencing kotor semasa hamil?
  • Garlic menghalang jangkitan kulat, kuman, virus & yis. Garlic Complex merupakan 100% antibiotik semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dan bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan dan sangat diyakini selamat.
  • Vitamin C membantu melawan jangkitan kuman kalau daya tahan badan ibu sangat lemah.

CARA PEMBELIAN SET VITAMIN
KENCING KOTOR SEMASA HAMIL

CARA 1

Anda boleh terus klik ke SET KENCING KOTOR ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.

One thought on “Bahaya Tak Kencing Kotor Semasa Hamil? Ini Tips Elak Kencing Kotor

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.