BANDING ANAK – Setiap Anak Ada Kelebihan

Anna budak alert.

Apabila saya observed setiap anak-anak saya, baru saya perasan apa yang orang luar ada sebut pasa mereka masa mereka baby dulu memang ada yang tepat.

Contohnya Anna. Masa dia baby.. dari dalam pantang lagi masa saya bawa dia checkup kat klinik, ada banyak kali Anna dapat compliment yang dia sejenis baby yang alert.

Masa itu, saya just happy dan iyakan sebab saya anggap itu adalah sekadar pujian sebab mata galak Anna dok melilau sana sini bila diletakkan dalam car seat atau stroller.

Tapi, makin Anna besar.. memang nampak sikap alert dia. Contoh macam saya nak minta tolong carikan apa-apa barang atau ambilkan apa-apa barang, biasanya yang jumpa dan beri barang tu pada saya ialah Anna.

Ayat dia, “Anna nampak tadi amak letak kat situ.”

Malam tadi, masa Am nak cari tisu nak lap mulut, jenuh saya beritahu Am ada tisu dekat tempat saya duduk makan tadi. Am tak aware langsung saya duduk kat mana.

So, saya minta tolong Anna. Sekejap saja dia nampak kat mana tisu tu hanya dengan klu yang sama.

Kadangkala kita tak nampak kelebihan anak-anak kita hanya kerana kita terlalu high expectation pada mereka, sebab membandingkan mereka dengan rakan sebaya mereka. Padahal setiap anak ada kelebihan dan kekurangan diri masing-masing.

Macam Icha, mak saya cukup sedih bila saya beritahu Icha lambat membaca dan bercakap, tak macam saya masa kecil.. atau at least Bella. Mak saya paling sayangkan Icha sebab benda yang saya pernah anggap ‘kekurangan’ dia.. tapi ada kelebihan yang saya as emak tak aware.

Icha sangat penyayang, bertanggungjawab dan actually, Icha cepat tangkap bila kita ajar something. Dan ingatan Icha kuat sebenarnya. Kalau dia slow sikit bab pelajaran, bukan salah dia tapi saya yang kurang fokus pada dia. Ada anak orang lain yang memang special tapi perform aje 😉

Dan seterusnya untuk setiap anak-anak.. buat saya enjoy dengan anak-anak yang ramai ini. Haha..

Dan bila fikirkan ini, saya tak harap apa-apa rewards istimewa untuk apa yang saya beri pda anak-anak. Ini adalah tanggungjawab. Mereka adalah amanah.

Menjadi lebih bijak dan matang dengan kehadiran mereka dalam hidup, dan buat saya semakin dekat dengan Allah adalah anugerah terbesar dalam hidup sebenarnya. Banyakkan bersabar dan tambahkan ilmu di dada.

Saya berjanji akan jaga puas-puas anak-anak saya masa diorang kecik. Dah tua nanti saya plan nak spend masa puas-puas dengan suami. Ehh ingat anak ramai ni isteri aje ke penat? Hahaha..

sumber : hadhatina mkb

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.