Boleh Ke Meratapi Kematian Dalam Islam ?

Meratapi kematian.

.
Salahkan seorang ibu meratap setelah mengetahui anaknya meninggal dunia… akibat dibunuh?

Adakah Islam menyuruh kita “Sabar… reda…” dan tak boleh nak menangis pun?

Sedih, adalah satu emosi anugerah Ilahi kepada kita. Semua orang normal ada perasaan sedih. Sedih dengan kehilangan, semua orang rasa. Even binatang pun ada naluri. Kucing kalau anak dia mati pun dia mengongoi dgn nada sendiu.

Justeru, bagaimana kalau ibu manusia? Berdosa ke?

Meratap yang mengikut orang jahiliyah yang dilarang adalah

– mengeluh menyalahkan takdir
– merobek pakaian
– memukul diri sendiri
– menabur debu ke atas diri sendiri
– berteriak-teriak seolah lupa diri macam histeria

Menangis kerana kematian seseorang yang dikasihi, itu adalah fitrah. Menangis atau tidak, itu tidak mewakili kesabaran. Boleh saja yang tidak menangis tapi sebenarnya tidak sabar.

Nabi Yaakob juga menangisi kehilangan anaknya Nabi Yusuf, hingga bertahun-tahun. Malah sampai matanya jadi putih (ada ulama yang kata dia sampai buta).

Ada seorang lelaki melarang sorang perempuan yang menangisi kematian Khalid al-Walid, dan Rasulullah beritahu dia supaya jangan larang… perempuan tu tak berteriak-teriak atau tabur debu pun.

Usahlah mudah kita menghakimi… “dia ni sabar” “dia tak sabar”.. selagi dia masih tidak meratap seperti cara jahiliyah, berilah sokongan.. jika itu yang buat perasaannya lega.. doakan yang terbaik.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10156060269923876&id=683743875