Cara Membina Bisnes Berkembang Maju

#BAGAIMANA NAK BINA BISNES YANG BERKEMBANG?
——————–

Tidak kira di mana kita bermula, di mana tahap bisnes kita sekarang, rancang untuk bisnes itu berkembang, tidak sangkut di tahap sama.

+ Ubah mindset kita. Belajar berfikir seperti ‘Business Owner’ walaupun kita masih di tahap ‘self-employed’.

+ Rancang pemasaran kita dan bina hubungan berterusan dengan pelanggan. Bisnes kita berkembang dengan pelanggan berulang.

+ Jangan jaga jualan sahaja. Jualan itu berkaitan dengan duit masuk.

Apabila duit masuk, uruskan duit itu betul-betul dan belajar laburkan semula supaya duit itu dapat diberanakkan. Serah tugas itu kepada orang profesional.

+ Rancang bila mahu keluar daripada status SOLO-preneur.

Bina ahli pasukan. Belajar cara memilih talent. Jaga mereka. Kembangkan karier mereka dalam syarikat kita.

Growth bisnes bergantung kepada ‘growth’ orang di dalamnya.

+ Bangunkan polisi dan S.O.P dalam syarikat kita. Ia menjadi pedoman kerja. Ia alat untuk capai keseragaman.

Ia juga mengurangkan risiko kesalahan dan meningkatkan tahap keberkesanan kerja dalam syarikat.

+ Follow peta perjalanan bisnes kita. Tentukan target-target kecil yang mahu dicapai. Ia umpama persinggahan sementara sebelum kita capai visi 10 tahun syarikat kita.

10 tahun ke hadapan, mahu dibawa ke mana syarikat kita ini?

Apabila belum jelas, rujuk guru bisnes perihal ini untuk lebih pencerahan. Selepas itu, kita sendiri yang tentukan.

Tuan puan BELAJAR SESUATU dari sharing ini?
.
Tuan puan berminat jika kami kongsikan lagi CONTENT-CONTENT premium seperti ini secara PERCUMA?
.
Tuan puan tak nak TERLEPAS PELUANG content-content seperti ini pada masa akan datang?

Berminat nak tahu lebih banyak TIP BISNES?
.
Jika minat, boleh komen ‘SAYA’.

majalahniaga.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.