DARAH TINGGI – Guna Minyak Masak Berulang Kali Jadi Punca

Menurut satu kajian, guna minyak masak berulang kali boleh jadi punca kepada penyakit darah tinggi. Minyak masak diguna berulang kali atas alasan nak jimatkan kos 

Kebanyakan mereka yang guna minyak masak berulang kali adalah peniaga. Minyak masak diguna pakai lebih dari 5 kali! 

Menurut beberapa peniaga restoran, kebanyakan mengaku menggunakan minyak masak yang sama berulang kali.

JIMAT. Itu alasan yang diberikan beberapa pemilik restoran dan penjual goreng pisang yang mengakui menggunakan minyak masak berulang kali malah ada yang mengaku menggunakannya lebih dari lima kali. 

Penjual goreng pisang yang hanya mahu dikenali sebagai Azman berkata, kos yang tinggi membuatkan dia menggunakan minyak masak berulang kali bagi menjimatkan modal perniagaannya.

“Harga minyak masak sekarang bukannya seperti dulu, harganya dah mahal. Peniaga goreng pisang seperti saya memerlukan minyak masak dalam kuantiti yang banyak. Jika hanya menggunakan hanya sekali, ia akan merugikan. 
Saya akui, saya beli minyak masak yang dibungkus bukannya di dalam bekas kerana ia murah. Perniagaan ini kecil saja, mana yang boleh jimat, saya akan cuba berjimat,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, pemilik kedai makan, Abdullah Majid mengakui menggunakan minyak masak berulang kali untuk menjimatkan kos pembelian bahan berkenaan. 
Menurutnya, kedainya beroperasi setiap hari dan memerlukan kuantiti minyak masak yang banyak terutamanya ketika menyediakan hidangan goreng.
“Kedai saya beroperasi setiap hari dan purata pelanggan sehari menjangkau ratusan orang, bayangkan jika saya guna minyak baru setiap hari, pasti saya akan rugi. Siapa saja yang berniaga, mesti nak untung. Saya sedar menggunakan minyak kitar semula bukannya satu langkah yang baik, tetapi saya tiada pilihan,” katanya.
Abdullah berkata, sekiranya dia tidak menggunakan kaedah kitar semula, maka dia memerlukan sekurang-kurangnya 30 hingga 40 kilogram minyak masak yang memerlukan kos yang tinggi.

sumber : sinarharian 

GUNA MINYAK MASAK BERULANG KALI SANGAT BAHAYA

minyak masak yang dipanaskan pada suhu yang tinggi akan mengubah fizikal dan menjejaskan kualiti minyak tersebut. Kerana itulah kita boleh melihat perubahan warna dan rasa kepada minyak tersebut selepas digunakan beberapa kali.
Minyak masak seperti minyak sawit terdiri daripada asid lemak tepu dan tidak tepu. Pada suhu yang tinggi, asid lemak ini akan mengalami pengoksidaan yang menghasilkan radikal bebas. 
Radikal bebas banyak dikaitkan dengan penyakit barah, penyakit kardiovaskular dan penyakit neurodegeneratif seperti dementia. 
minyak masak yang diguna berulang kali juga sudah kehilangan nutrien yang diperlukan dan pengambilan minyak tersebut tidak membawa apa-apa kesan baik sebaliknya akan memberikan kesan toksik kepada kesihatan.

MINYAK MASAK GUNA BERULANG KALI BERI KESAN PADA JANTUNG 

Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan yang menunjukkan bahawa penggunaan minyak masak berulang kali memberikan kesan buruk terhadap kesihatan jantung dan salur darah. 
Satu kajian telah mendapati bahawa pemberian minyak sawit yang digunakan sebanyak lima dan sepuluh kali menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kerosakan tisu pada jantung
Minyak sawit yang telah digunakan sebanyak lima kali menyebabkan peningkatan aras kolesterol darah serta pembentukan lemak di dalam salur darah arteri yang boleh menghalang pengaliran darah ke seluruh bahagian badan. 

Pembentukan lemak dalam saluran darah

ini boleh menyebabkan serangan jantung, strok dan seterusnya boleh membawa maut.
Wanita juga berisiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular selepas menopaus. Ini disebabkan oleh penurunan aras hormon estrogen yang mempunyai pelbagai kesan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular. 
Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi wanita menopaus untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, termasuklah tidak menggunakan minyak masak berulang kali untuk mengelakkan daripada menghidapi  penyakit-penyakit kardiovaskular

TAHAP KOLESTROL PUNCA DAPAT PENYAKIT DARAH TINGGI

Bahaya kolestrol tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Saluran darah tersumbat menyebabkan tekanan darah tinggi, selain itu juga boleh menyebabkan penyakit lain seperti strok dan lemah jantung
Kurangkan kolesterol dalam badan dengan mengamalkan permakanan yang sihat. Elakkan penggunaan minyak masak berulang kali untuk elak kolestrol tinggi. 

RESVERATROL RENDAHKAN KOLESTROL, KURANG RISIKO DARAH TINGGI


Resveratrol adalah nutrien kuat yang paling terkenal kerana kehadirannya dalam kulit anggur. Ia adalah antioksidan yang kuat diklasifikasikan sebagai polifenol, dan merupakan sebatian aktif utama yang berkaitan dengan anti-penuaan.
Sel-sel yang sihat boleh melindungi dan memperbaiki kerosakan. 
Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit.
Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.

Jadi di sinilah fungsi resveratrolluntuk bantu pastikan sel sel dalam badan sentiasa sihat
1. Suplemen resveratrol boleh membantu menurunkan tekanan darah dengan meningkatkan pengeluaran oksida nitrat.
2. Suplemen resveratrol tinggi antioksidan, boleh mengurangkan pengoksidaan kolesterol LDL yang menjadi punca masalah jantung
3. Resveratrol membantu mencegah kerosakan pada saluran darah
4. Resveratrol mengurangkan kolesterol lipoprotein berkepekatan rendah (LDL) (kolesterol “buruk”) dan mencegah penggumpalan darah. 
5. Suplemen resveratrol boleh memanjangkan jangka hayat sel
6. Komponen antioksidan yang kuat dan anti-radang, resveratrol berupaya melindungi sel-sel dari kerosakan
7. Resveratrol boleh membantu melegakan kesakitan sendi dengan menghalang rawan dari memecah.

VIVIX MINUMAN KAYA RESVERATROL POLIFENOL

Vivix merupakan minuman botani yang mengandungi kandungan resveratrolyang tinggi. Vivix sangat membantu untuk melawan dan mencegah kanser

Vivix adalah10 kali lebih kuat daripada resveratrol  dalam memperlahankan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel. 

Kenapa? Sebab Vivix bukan saja mengandungi Resveratrol malah turut mengandungi Polifenol

 

Vivix dihasilkan dari 4 jenis ramuan hebat
1. Muscadine Grape
2. Polygonum Cuspidatum
3. Elderberry Eropah
4. Purple Carrot
Keempat empat bahan utama ini mengandungi polifenol dan resveratrol yang telah diuji secara klinikal mempunyai khasiat yang amat banyak.
Hasil kajian makmal mendapati campuran Resveratrol dan polifenol ini adalah 10 kali ganda lebih hebatdalam memperlahankan mekanisma penuaan sel, berbanding oleh Resveratrol semata-mata.

Resveratrol dan Polifenol yang ada dalam vivix adalah antioksidan kuat yang berfungsi sebagai perisai untuk melindungi sel sel yang rosaktermasuk kanser

FAKTA TENTANG VIVIX

Selepas bertahun-tahun membuat kajian, saintis menemui rahsia di sebalik Paradoks Perancis terdapat pada Resveratrol yang terkandung dalam wain merah. 
1 sudu teh vivix (5ml) bersamaan 100kali ganda resveratrol yang terkandung dalam wain merah 

Vivix juga tidak mengadungi alkoholdan Vivix terbukti10 kali ganda lebih bertenaga daripada resveratrol. Mengandungi bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix ternyata HALAL
Vivix ternyata mendahului dengan hanya 1 sudu the sehari mampu membekalkan ORAC value yang diperlukan tubuh iaitu 3000 – 5000 ORAC sekiranya dibandingkan dengan minuman jus lain. 
*ORAC (Oxygen Radical Absorbance Capacity) is a method of measuring antioxidant capacities of different foods

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.