Kenapa Jodoh Tak Sampai-Sampai

Dulu-dulu ade la jugak rasa nak bercinta antara benua cenggini. Tapi bila dah makin dewasa berusia haha rasa-rasa yang depan mata ni lagi best dan baik sekali hihi. So fokus je pada yang satu. Tak payah nak beriya nak cari antara benua, antara negara. Karang dapat yang Bangla je. kuikuikuikui. Bersyukur dengan apa yang Allah bagi. Bukan senang nak ada pasangan sendiri. Lagi-lagi yang soleh atau solehah.

Cuba korang cek antara kawan-kawan korang yang single lagi sampai la ni. Agak-agak apa rumusan yang korang boleh buat, Kenapa diorang ni masih lagi single?? Reasons dia maybe ada kat bawah ni. Jom Check it out!

Ego dengan jodoh Allah nak bagi 

ni paling aku benci jumpa kawan macam ni. Tak kisah lelaki atau perempuan. Let say, dekat facebook, twitter, line, we chat, jenis yang hari-hari berdoa “Ya Allah kau berikanlah aku jodoh yang baik yang kau redhoi, yang menyayaingi diriku dan keluarga ku, yang bekerja elok-elok”. 

Pastu kau pon terfikir la untuk kenen-kenen kan dengan member atau kazen-kazen yang tak kawen lagi. Dengan ego nye kawan kau yang berdoa yang mengharapakan jodoh datang dari langit tu pon tanya macam-macam 

“Kerja apa”
“Dah ada kerja ke”
“Mak bapanye siapa”
Hensem ke tak hemsem”

Eee dengan sendiri pon kau akan meluat dengan perangan cenggini.

Memang tak pernah nak CARI

Yang kes macam ni, biasa memnag lone ranger. Dari sekolah tadika dah kerjenye buat kerja sendiri. Takde nak menyendeng-nyendeng dengan orang.Tapi yang ni bagus. Kerja dia biasa baca novel, tengok movie, makan snediri kedai mamak pon takde hal, shopping sendiri, pakai headphone. Semua sorang-sorang. Bila orang tanya “kau takde boyfriend ke” Dia akan jawab “watpe nak ada boyfriend, geli aku hahahahahaha”

Terlalu CHOOSY

Memilih sangat. Sampai dia sendiri tak faham apa yang dia nak sebab terlampau memilih. Memilih memang dituntut dalam Islam kan, tapi mana ada manusia yang terlampau sempurna. Kalau ada kekurangan tu jangan la nak dibesar-besarkan. Tak elok tau.. nanti jodoh tersekat karang. Haaa camne??

FAMILY always number 1

Yang ni memang aku sokong. Nak jumpa yang macam ni bukan senang. 1 dalam 1000 kot. Biasa lelaki lah yang akan lebihkan mak dia. So dia pon akan cari bakal isteri yang boleh ngam dengan mak dia. Kalau mak dia say NO, means NO. Ok. hati-hati wanita. hihi Tapi siapa yang dapat lelaki jenis macam ni. Percayalah korang betul-betul bertuah tau. Ibu bagi anak lelaki adalah lebih penting dari isterinya. Jadi wanita, please ea.. Jangan kecoh sangat nak korang punya attention je. Mak lebih penting!

WORKAHOLIC / gila kerja

Yang gila kerja ni agak susah nak paham. Passion orang jenis macam ni memang hanya berkeja sahaja. Kalau yang engineer tu, wayar-wayar elektrik semua dia akan bawak balik la. Dan juga yang lain. Orang jenis macam ni tak boleh nak fikir perkara lain selain dari kerja. Even nak try-try berdating, isu dan tajuk utama yang akan dibincangkan adalah mengenai skop kerja. Macam nak pergi interview kerja pulak. So kalau korang jumpa orang jenis macam ni, korang try la berkreatif siket dan pastikan korang lagi best dari kerja diorang tu. hihi

Sebenarnya ada lagi yang mungkin aku taktau nak elaborate camane. SO cenggitu lah yang boleh kita fikir-fikirkan. Kenapa jodoh tak sampai-sampai lagi. Kalau ada idea cuba comment siket 😉

Xoxo !!

Hembusan bayu antara benua terasa shahdu dan membelai jiwa – Cinta Antara Benua, Arni Nazira

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.