Fahaman Liberal Perosak Akidah

Isi Khutbah Jumaat di Selangor hari ini:

FAHAMAN LIBERAL PEROSAK AKIDAH

1. Liberalisme adalah satu fahaman yang menuntut kebebasan berfikir tanpa batasan dan menolak prinsip kebenaran agama Islam serta mengambil jalan mudah dalam beragama.

2. Pejuang fahaman liberal juga mendakwa bahawa agama Islam mengikat, jumud, membataskan kemajuan malah cuba menakut-nakutkan masyarakat dengan menafikan pelaksanaan undang-undang Islam yang didakwa sebagai tidak mengikut perlembagaan.

3. Islam dianggap tidak adil, zalim, dan tidak sesuai dilaksanakan dalam kepelbagaian kaum dan agama sedangkan agama Islam adalah agama yang syumul, yang diturunkan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui.

4. Fahaman liberal membawa kepada fahaman semua agama adalah sama.

5. Golongan liberalisme dan pluralisme menolak wujudnya kebenaran Islam dan menyatakan semua agama adalah sama yang menganjurkan kepada kebaikan.

6. Mereka mendakwa bahawa jika orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk menukar agama, maka orang Islam pun hendaklah diberikan kebebasan untuk murtad.

7. Fahaman liberal memperjuangkan fahaman sekular. Agama dianggap adalah urusan peribadi dan agama hanya dihadkan dalam ruang lingkup upacara agama semata-mata.

8. Golongan sekular mendakwa agama bertentangan dengan sains, sepertimana wahyu bertentangan dengan akal.

9. Begitu juga mereka mengatakan bahawa arak itu hak individu untuk meminumnya dan khalwat pula adalah hak peribadi yang tidak boleh diganggu.

10. Fahaman liberal berpaksikan logik akal semata-mata.

11. Golongan ini hanya menggunakan logik akal untuk menilai sesuatu kebaikan dan keburukan lantas menolak al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber hukum.

12. Mereka percaya bahawa orang yang melakukan perbuatan jahat tidak salah asalkan niat mereka baik. Umat Islam hendaklah berpegang teguh dengan ajaran Islam sesuai dengan pegangan akidah Ahli Sunah Wal-Jamaah dalam aspek akidah, syariat dan akhlak.

13. Umat Islam hendaklah memastikan agar tidak terpedaya dengan pemikiran liberal yang boleh merosakkan iman dan akidah. Umat Islam hendaklah merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah, dan sumber-sumber hukum yang muktabar serta tidak hanya membuat tafsir secara logik akal semata-mata.

Khutbah Jumaat 21 Sept 2018

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.