Haji Pun Kuat Menipu ?

Pelik betul kawan saya dengan saya. Dalam masa 2 minggu ni, boleh dikatakan setiap hari saya pergi ke kedainya yang terletak lebih kurang 60km++ demi melayan kerenah peserta pertanian. Setiap hari ada sahaja hal. Selepas ke kedainya, saya pergi pula ke kebun yang letaknya lebih kurang tambahan lagi 50km++. Setiap hari.

Dia pula rasa bengang dengan kerenah dan permintaan melampau peserta ni, dua orang individu berpangkat haji, yang salah seorangnya juga berpangkat dato. Setiap kali datang dia yang melayani saya mencari barang-barang yang diminta dua peserta ni.

Bila saya ceritakan semuanya, dia hanya menggelengkan kepala sahaja. Katanya,
“Haji pun tipu orang ka kawan? Bukan haji orang baik-baik ka? Cilaka sekarang semua orang pun kita tak boleh percaya”.

Kawan saya itu berbangsa cina dan bagi taukeh-taukeh cina, mereka memandang tinggi individu berpangkat haji.

Jawab saya pada dia.
“Ya, ah boy. Sekarang semua orang ada tipu”.

sumber : safuan shahrani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.