Hari Pertama Dewan Rakyat PH Sudah Menipu ?

Hari Pertama Dewan, PH Sudah Menipu

Kerajaan Pakatan Harapan mencipta sejarah Malaysia Baru dengan menipu dalam proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat.

Di awal mesyuarat, Ketua Whip PAS, YB Dato’ Takiyuddin Hassan telah bangun meminta penjelasan SU Dewan berkenaan pematuhan Peraturan Mesyuarat.

Namun, suara bantahan tersebut tidak diendahkan oleh SU Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat no 4 menyebut:
“Aturan memilih Tuan Yang di-Pertua hendaklah seperti yang tersebut di bawah ini:
(1) Tiap-tiap ahli yang hendak mencadangkan nama seorang ahli Dewan itu atau seorang yang layak dipilih menjadi ahli Dewan itu yang hendak dipilih jadi Tuan Yang di-Pertua, hendaklah mempastikan terlebih dahulu iaitu ahli itu suka berkhidmat jika ia dipilih, dan juga hendaklah memberitahu kepada Setiausaha dengan bersurat sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum mesyuarat” sumber https://www.parlimen.gov.my/images/webuser/peraturan_mesyuarat/PM_DR_BM.pdf

Tarikh tutup penamaan calon Speaker ialah pada Isnin, 02 Julai 2018 iaitu 14 hari sebelum 16 Julai 2018 tarikh permulaan sidang.

Umum mengetahui, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya disahkan pencalonannya sebagai Speaker oleh Kerajaan pada semalam, 15 Julai 2018. rujuk sini:https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/449232/mohamad-ariff-sah-speaker-dewan-rakyat-pm

bahkan nama Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hanya timbul selepas 2 hb julai sebagai calon speker
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/448842/mohamad-ariff-mungkin-speaker-dewan-rakyat

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/11/kini-bekas-hakim-pula-dijangka-pegang-jawatan-speaker-dewan-rakyat/

Sebelum pada itu “Ketetapan pertama PH mengenai pelantikan Speaker Dewan Rakyat hanya timbul pada 6 Julai dengan timbul beberapa nama untuk dicalonkan…

Rais sedia jadi speaker
https://www.malaysiakini.com/news/433001

Pada 8 Julai,Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata senarai calon Speaker Dewan Rakyat sudah disenarai pendek dan akan diputuskan dalam tempoh terdekat.
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1478475

“Pada 10 Julai, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) berkata PH bersetuju menamakan satu calon untuk jawatan Speaker Dewan Rakyat dan Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkannya tidak lama lagi.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/08/nama-calon-speaker-ada-pada-dr-mahathir-kata-wan-azizah/

Bahkan PKR pernah mencadangkan nama Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul sebagai calon speker tapi ditolak
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/11/johari-abdul-tolak-jawatan-speaker-dewan-rakyat/

Jadi, bagaimana SU Dewan Rakyat boleh berkata dia telah menerima surat pencalonan bertarikh 02 Julai 2018..?

Bukankah itu menipu namanya.?