Hikmah Solat 5 Waktu

hikmah solat
Bismillahirrahmanirrahim
Hikmat Solat 2
Al-Syaikh Daud ibn ‘Abdullah al-Fathani dalam kitab Munyah al-Mushalli setidaknya menuliskan 5 hikmah solat bagi setiap orang yang menjalankannya.
1) Solat sebagai thariqatan (jalan) untuk menjadi manusia al-Muttaqin (bertaqwa). Tanpa solat taqwa tidak akan didapatkan, sebab antara tanda taqwa yg paling utama adalah kesiapan raga dan hati dalam menjalankan perintahNya termasuk solat.
2) Solat sebagai penyejuk jiwa dan mata hati bagi Nabi dan juga ummatnya yang memeliharakannya. Saat Nabi selesai dari satu solat, lalu hati beliau merasa rindu-dendam untuk dapat menjalankan solat-solat berikutnya. Rasa keterikatan dengan Sang Pencipta begitu kuat sehingga tiada luang dalam hati untuk lalai dan alfa dari rasa rindu kepadaNya. (Apakah sang pencinta akan melepaskan peluang kebersamaan dengan kekasihnya?).

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

3) Solat menjadi salah satu rukun Islam yang paling utama setelah mengucapkan dua kalimat syahadat tanpanya kesaksian (syahadat) akan menjadi sia-sia bahkan amal-amal lain sangat bergantung kepada solat. Dan amal ibadah solat adalah master dari semua ibadah, jika ia diterima dan dihisab sebagai amalan yang baik, maka baik pula seluruh amalan yang lainnya, namun jika sebaliknya, maka semua amalan lain akan ditolak tanpa berguna.
4) Solat menjadi “Surga” yang disegerakan bagi para pencinta. Dalam solat maupun di luar solat seharusnya jiwa kita akan selalu merasakan ketenangan, kebajagiaan dan kesejukan. Tiada gelisah tiada pula keluh-kesah, tiada merana pun tiada sengsara. Hubungan dengan makhluk lain menjadi nyata bukan semu dan tiada berpura-pura.
5) Solat menjadi media yang sangat kuat untuk merasakan keterawasan (keterjagaan) oleh Allah dimana dan apapun yang kita lakukan.  Solat mampu menjadi pelita di tengah gelap hiruk pikuknya dunia, solat menjadi wahana ketersambungan hati dengan pencipta.
Semoga kita dapat memeliharakan solat sehingga apa-apa yg menjadi rahasia dan manfaat solat dapat merasuk dalam jiwa dan terpancar melalui amal nyata kita. Amin 
Wallahu a’lam.
Abdul Razak Apartment
02/10/17
Kredit : Harapandi

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});