HIV Test & Thalessemia Untuk Bakal Pengantin

Korang!! kita nak nikah lagi beberapa minggu je lagi. Buat masa ini, katering dan benda-benda lain rasanya dah setel dah. But, the thing yang paling penting adalah menguruskan Borang-borang dan HIV Test ni. Aku kira pengantin perempuan orang Selangor, Lelaki pulak orang Perak.

So, Perempuan orang Selangor first of all korang kene isi 2 borang :

  1. Borang 2C
  2. Borang 2D
Borang 2C & 2D
Kedua-dua borang ini boleh didapati disini Borang Perkahwinan Negeri Selangor . Lelaki ngan perempuan Negeri Selangor pon boleh terus pegi website ni je lah. Dia akan bagi direction lah untuk isi borang tersebut. Lagipun mesti korang dah di ajar masa dekat Kursus Kahwin ye 😉

Then bila dah siap, boleh la print dan simpan. Kalo boleh buat 2 copy. 
After all about form dah setel, korang kene buat HIV Test. Ni yang paling best ni. Korang boleh pergi mana-mana hospital kerajaan ataupun klinik kerajaan. Kalau orang tu orang negeri Selangor, tak perlu borang pon untuk dibawa. Bawak pen sahaja. Sebab ada negeri lain yang kene isi awal-awal, baru boleh pergi buat HIV Test. Kalau Selangor, no need borang-borang HIV. Dekat sana baru kita isi borang dan detail yang mereka perlukan. Jadi jangan risau ye kengkawan satu geng kita ni. hihi

Nak cerita jugak lah sedikit sebanyak pengalaman semalam buat HIV test. Mula-mula pergi Klinik Kerajaan di Seksyen 7 Shah Alam. Malangnya kami pergi dah lambat. Pukul 9 baru sampai. So kalau nak buat dekat sana, kene pergi awal. Tengok bawah :
ISNIN – KHAMIS : 7 – 8 am & 2 – 3 pm
JUMAAT : 7 – 8 am sahaja
Ok, dua waktu kat atas ni adalah untuk korang datang ambil borang. Once korang dah dapat borang baru boleh proceed buat HIV Test dan Thalasemia. Biasa hanya 15 orang sahaja yang diambil untuk sekali sesi. So first come first serve lah. Let say korang sampai pukul 7 sharp. Tapi masa nurse distribute borang, korang adalah orang ke 16, automatik tak dapat lah nak buat hari tu.. kene la pergi keesokan harinya.
Tapi, kami tak buat dekat KK Seksyen 7, sebab dah memang lambat sangat. Kami pergi pula di KK Seksyen 19. Seronok dekat sini. Nurse sangat friendly. Dan masa tu di KK Seksyen 19, untuk ambil borang adalah pada jam 10. So kitorang pon sempat lah.
Datang terus pergi kaunter 4 then ambil borang. Isi semua tempat kosong dan segala pertanyaan info yang mereka perlukan. Jangan pemalas taknak isi (NUrse tu bukan rajin nak melayan korang yang malas nak isi borang, diorang pon ada kerja diorang). Borang lelaki dan perempuan ada perbezaan dari segi warna kad Thaleesmia. Lelaki kuning, perempuan pink.
Lepas dah isi, ambil nombor di mesin yang boleh tekan-tekan keluar nombor tu. Dah dapat nombor, tunggu kemudian dia akan panggil dan pergi kaunter bayar RM 1.00 SAHAJA.
Dah bayar, serah borang yang dah diisi tadi kemudian nurse akan arahkan korang pergi ke bilik yang mana unutk berjumpa dengan doktor. Lepas tu, doktor akan ambil darah dekat pelipat siku korang tu. hihi. Camni
Lepas tu keluar, tunggu lagi doktor akan panggil, dan bagi kat korang tabung darah yang diorang dah ambil tadi untuk korang serahkan dekat makmal. Makmal tu sebelah bilik doktor je sebenar nya. hihi Camni rupa tabung darah tu ye :
Then bila dah sampai ke makmal, doktor akan sahkan lah, sama ada darah korang ni positiv or negativ hiv.
Kalau Negative : Alhamdulillah
Kalau Positive : Kene tahan dengan doktor, polis ke .. ayoyokk
hihi tapi untuk aku pulak. Doktor cakap thalessemia aku ada problem. Aku ha?? Problem cemana tu. Nervous betui Allah je yang tahu. Nurse suruh aku jumpa doktor lagi satu. So tunggu lagi lah. emm bila masuk muka cuak takde darah dekat muka dah ni. Doktor cakap, awak ni bukan Thalessemia, tapi darah merah awak ni memang kurang. Bacaan normal sepatutnya 12, tapi aku cuma 11.2. Tapi bukan Thalessemia.
Doktor India yang hemsem tu pon bagi nasihat untuk aku makan hati, kerang, sayur mayur… Kene tambah kan zat besi. Lega siket perasaan aku masa tu. Sebab yang aku tahu mengenai Thalessemia, jika pembawa berkahwin dengan orang normal, 25% possibility anaknya akan penghidap thalessemia. 
Supplement untuk menambah Zat Besi dalam badan
Zinc Complex dari Shaklee
So dinasihatkan korang, jaga kesihatan leklok tau! Sampai sini sahajalah perkongsian aku mengenai Ujian HIV Test dan Thalessemia di Klinik Kerajaan sekitar Shah Alam (Seksyen 7 atau Seksyen 19)
Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 – 880 5272
SID No : 1208072
Thanks for reading 😉

5 comments

  1. Pembawa thalassaemia berkahwin dengan orang normal, anak ada kemungkinan untuk menjadi pembawa, bukan pesakit. Kalau pembawa berkahwin dengan pembawa, baru ada kemungkinan untuk anak menghidap penyakit tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.