ISTIGHFAR – Jalan Keluar Kepada Kesempitan

Saya nak kongsi ilmu pd sahabat, tentang kekuatan *ISTIGHFAR*
(Yg tlh dikongsi oleh arwah Tok Guru Baba Abd Aziz dr Kelantan)

Kita kena banyakkan ISTIGHFAR. Jangan ditinggal istighfar setiap hari . Menurut arwah Tok Guru Baba Aziz, jangan tinggal ucap *Astagfirullahal’azim* sebanyak 300× setiap hari. Sebaik habis istighfar, angkat tangan dan berdoa keampunan dari Allah swt. Selepas itu, baru mohon hajat kita. InSyaAllah.

InSyaAllah, Allah akan tolong kita dlm segala masaalah yg kita hadapi. Dari kesempitan rezeki, dan segala masalah lain yg kita tak dpt nak selesaikan.

Pengalaman seorang hamba Allah yg mempunyai anak yg menagih dadah. Bermacam-macam ikhtiar yg dilakukannya bagi memulihkan anaknya, namun tetap belum berhasil. Anaknya tetap menagih dadah. Sehinggalah dia bertemu dgn arwah Baba Aziz yg menyuruhnya beristighfar sebanyak 300× selama 41 hari. Dan jika dia tertinggal, dia kena ulangi semula selama 41 hari.

Mereka suami isteri sama2 beristighfar dan berkat dgn keyakinan itu, Alhmdulillah anak mrk pulih dan berhenti dari menghisap dadah.

Menurut kata Tok Guru, kadang2 kita tidak sedar semasa zaman kita muda dahulu, kita ada berbuat salah dan tidak meminta keampunan dan bertaubat kpd Allah swt. Dan oleh kerana itulah, Allah swt beri pada anak2 atau anak cucu kita. Ianya juga ujian atau sebaliknya.

Saya sentiasa ingat pesan arwah Tok Guru. Kalau kita ada apa2 masalaah, istigfar setiap hari sebanyak 300 ×. Insyaa Allah, Allah akan permudahkn segala masalah kita. *Astagfirullahal’azim* – amalkan setiap hari. In syaa Allah segala masalah besar atau kecil, Allah swt akan menolong kita.

Menurut Tok Guru, ibarat kita inginkan sesuatu dari Allah, tapi kita tidak minta ampun atas dosa2 kita dgn Allah. Jadi, macamana Allah nak kabulkan doa kita? Sbb kita masih dibelengu dgn dosa2, tidak kiralah sama ada dosa kecil atau besar.

Kalau kita tidak minta ampun dariNya, mana boleh minta terus apa yg kita hajati?

Semoga perkongsian saya ni dpt diamalkan utk kebaikkan kita bersama.

*Copy&paste*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.