Jalan-Jalan Di Pantai Cherating Pahang

Dah bulan November pun, anniversary aku yang pertama adalah pada bulan lepas. Oktober 2016, means aku nikah pada tahun 2015 Oktober. Anniversari tahun ni plan-plan awal nak g jenjalan bercuti dalam Malaysia je. Ingat nak pergi Pulau Tioman di Johor, tapi tiba-tiba kerana orang kata tengah musim hujan lebat, banyak boat tak jalan, ditambah lagi cuti yang kami ambil pun takdelah panjang sangat. Lagipun hanya aku sorang je yang plan, suami pula jenis tak suka berjalan, so nak buat macam mana. Tapi disebabkan hal-hal yang tak daat dielakkan, suami pun decide nak pergi Cherating. Tempat yang dia dah pernah pergi dulu (haha memang dia nak selamat pergi je tempat yang pernah pergi dulu). Aku toksah cakap la, pergi Terengganu dah berapa kali asyik lalu je tempat tu. Haha
So saja la hari ini nak share siket pengalaman kitorang bercuti 2 hari 1 malam je disana sempena nak jenjalan celebrate anniversary ini. Percutiani ni bajet-bajet je. Saja nak jalan-jalan tepi pantai Cherating tu dan mengabiskan masa je semasa cuti 2 hari. hihi
Gerak pagi dalam pukul 7 sempat brekafast dulu.

Kitorang bergerak lebih kurnag pagi dalam jam 7, lepas tu breakfast dulu. Kami gerak dari rumah kami di Sungai Buloh masuk ke MRR2 dan menghala ke Lebuhraya Pantai Timur.Sempat berehat-rehat di RNR Temerloh makan Tempoyak Ikan Patin. Kat sana je bila makan rasa sedap gila. HAHAHA

Makan aiskrim tepi pantai, ada pakcik naik motor jual. Panas-panas ni memang padu beb! haha

Malam sebelum tu kami dah book bilik dah, kitorang book dekat booking.com kot haha. Cari je banyak gila bilik murah-murah dan jimat-jimat.
Buka tikar berkhelah sat
Sempat juga la kami bawa bekal dari rumah haritu sebab termasak lebih pulak. So makan la kami di tepian pantai. Takde la tepi pantai sangat, sebab kalau tepi pantai agak panas. SO kami berteduh dibawah pokok-pokok yang ada kat situ.. hehe
Chalet kami
Lupa pula nama chalet kami yang kami stay 1 malam ni. Memang ramai yang nak check in, Tapi nasib baik sebab kami dah tempah siap-siap online so dapat la murah siket i guess.
Cari Keropok dan Sata siap-siap kat sini
Lepas chech in petang tu dalam jam 4 kami keluar dan nak cari makan-makan yang best. Kami datang la kawasan yang banyak terdapat tepi-tepi jalan ni. Best dan segar-segar sata diorang. Susah nak dapat kat Shah Alam oii!
Kopi o Ais, Teh ais, kepok lekor dan Sata
Memnag padu sambil makan kepok lekor panas dan sata yang memnag umphh ni. Kat pantai timur je dapat benda sedap macam ni. Urgh rindu pula
Dating
Haruslah gambar kami sahaja yang diselfie nye. Angin kuat gak memang besttt..
Cheesee
Petang-petang kat sini ada banyak aktiviti gak. Ada berkuda, ada banana boat pun ada. Hari minggu ramai orang syok tau! hii
Sorang-sorang jaa
Matahari dah start naik. SIlauu hihi Masya Allah kuasa Allah
Air tengah surut masa ni.
Kalau petang surut In Sha Allah pagi akan air naik. So esok pagi boleh lah mandi. Yeyeaahyyyy!!
Naik buayan
Dah jenjalan tepian pantai, kami balik la sebab dah maghrib, sempat la jalan-jalan dekat area chalet kami tu. Comel chalet kami ni, yang penting murah dan selesa.
My shuben ahhaahahah ayatttt tak nak kalah

Self timer jeeee
Makan malam
Makan malam dekat sini je. Dapat dari blog orang. Orang kata sedap, tapi pada saya, ok la.. biasa-biasa je mungkin servis yang lambat (sejam lebih tunggu) dan masak pun pakai periuk ajaib je.. Sorry ngeeeeee jangan kecam saya
Hari kedua : mandi pantai pagi pagi
Hari kedua , pagi-pagi dalam jam 7 kami dah bangun untuk mandi pantai. Yela semalam kan air surut. So mandi la puas-puas harini, budak-budak kecil pun dah ramai berendam. Cuma air je yang sedang menaik, kami kene ke tengah siket untuk dapat air dalam siket.
ATV
Selesai mandi pantai, balik chalet, bersiap-siap check out dan jalan-jalan ke tepi pantai nampak ada orang offer main ATV. Murah je RM 7 je kot 3 round. So apa lagi jalan je lah hehe

Sebelum balik sempat ke tempat ni semula untuk beli keropok lekor dan sata untuk makan didalam perjalanan dan unutk dimakan dirumah nanti. Mesti rinduuu!!!

So begitulah pengalaman aku kat sini semalam 2 hari 1 malam je.. Tak lama mana pun. Hihi ALhamdulillah dan Insya Allah akan repeat semula mungkin 5 tahun lagi. Nak pergi jalan-jalan tempat lain pula lepas ni.
Thanks for reading 😉
Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 – 880 5272

SID No : 1208072

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.