Katering Murah Area Sg Besar & Sabak Bernam Selangor

Kita pening dengan family kita. Lagi-lagi mak kita lah. Aku taktaulah apa yang complicated about a wedding. Aku selalu je fikir, benda senang buat apa nak menyusahkan badan. Tetapi biasalah emak-emak kita, abang-abang kita mungkin la taknak kita rasa susah nak preparekan untuk perkahwinan ni secara perseorangan. Mesti nak bantu juga. mungkin kita sendiri yang keras kepala batu. 
Alhamdulillah, majlis pernikahan dan persandingan aku will be held on 2 Oktober 2015, then persandingan pada 17 Oktober 2015. FINAL! tiada lagi kompromi. Abang aku yang sorang tu la maybe problem siket sebab dia polis dibahagian Istana Johor. So dia susah siket nak apply cuti. Emm aku nak buat macam mana, Pasrah je la kan?
Abang first aku ni kadang-kadang memang strict sangat. Tapi alhamdulillah dia dah whatsapp awal-awal jangan risau. Katering dia dah call dan carikan. Murah giler.. RM 5 PER PERSON. Memang murah. Tapi bila fikir-fikir balik Sg besar bukanlah kampung sangat. Ada Mcdonald, ada TF Value tau hihi. So bersyukur sangat dapat katerinh harga murah. Bukan taknak buat merewang atau gejubos, tapi mak dah penat la nak merewang ni.. Lagipon pening kepala pulak nanti (ee ngadenye aku)
Merewang atau Gejubus
Banyak plan perkahwinan aku di bincangkan dan di take over oleh Mak, Abang Ujang dan Makcik Pakcik aku. Dari konsep katering yang berkonsepkan stall hinggalah plan khemah semua mereka dah tentukan. 
Air Konsep Stall
Mee Kari
Pakcik makcik pula suka kalau aku hidangkan makanan tradisional orang jawa. Contohnya macam Sambal Taun, Pecal, Rojak, Sambal Jawa (eee memang favourite aku tu). So memang itulah yang akan aku tempah. In sha allah 😉
Sambal Taun
Sambal Jawa
Sambal pecal
Ikan Keli Masak Kencur
Sebenarnya banyak lagi makanan jawa yang dah famous sekarang ni. Dan dah diketengahkan di bidang-bidang katering ni. Mungkin menu-menu diatas ni akan aku tempah ataupun hanya ikut nasi minyak standard yang biasa ada di majlis-majlis perkahwinan lain.
Nasi Minyak
So korang yang area Sabak Bernam, Sg Besar sesiapa yang nak tempah katering murah-murah ni bolehla contact kite ye. Nanti aku bagi no fon. Tapi majlis aku ada lagi dalam sebulan. Kene tengok dulu la sama ada best atau tak. Nanti aku review balik. So korang jangan pening-pening ye. Semua boleh google je sekarang ni. Chill

26 comments

  1. salam awak. macam mana nak contact awak, saya plan nak buat majlis kt sg besar jugak. in shaa Allah. betul2 mmerlukan katering dan kanopi yg murah2 n bagus. awk bole bg nom telefon katering tu kat saya x? or awk bole ctc trus nom saya bgtaw nom tu sbb sy jarang buka blog. 🙂 tq ya. 01139159269

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.