Kenapa Kita Perlu Berubah ?

Change is The Only Constant.

“Bertahun-tahun saya buat macam ni, OK je. Kenapa nak kena ubah pulak”

Musim berubah. Zaman berubah. Manusia berubah. Perkara-perkara dalam kehidupan ini berubah mengikut masanya.

Kalau kita tak mahu berubah, walaupun kita dah lama lakukan perkara yg sama dgn jayanya, samada kita complacent, atau tidak relevan lagi.

Zaman dulu manusia berhubung dgn surat. Zaman sekarang WhatsApp. Kalau kita masih nak guna surat menyurat, ya… surat tu akan sampai juga, tapi org yg kita nak berhubung dgn itu mungkin dah buat appointment lain melalui WhatsApp.

Kenapa kita masih tak mahu berubah? Sedangkan antara 3 perkara yg pasti dalam kehidupan ini adalah PERUBAHAN, mati dan bayar cukai.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.