Kes HFMD Meningkat Di PERAK !!!

IPOH –  Kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dikesan meningkat di hampir semua daerah di negeri ini, sejak awal Julai lalu.

Exco Kerajaan Negeri, A Sivanesan berkata, trend peningkatan itu berlaku selaras dengan jumlah kes yang dilaporkan di seluruh negara.

Menurutnya, bagi tempoh 8 hingga 14 Julai lalu, sebanyak 158 kes telah dilaporkan berbanding 106 kes pada minggu sebelumnya.

“Secara kumulatif, kes HFMD dari minggu pertama hingga kini adalah sebanyak 2,465 kes, meningkat hampir 100 peratus berbanding 1,256 kes dalam tempoh sama, tahun lalu.

“Sebab yang tepat untuk kenaikan semasa ini sedang dikaji,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan melalui Jabatan Kesihatan negeri telah menggerakkan kempen secara agresif di semua lokasi terutama di taska dan tadika.

“Langkah pencegahan juga telah kita maklumkan kepada orang ramai agar peningkatan ini dapat dibendung,” katanya.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.