Kiamat Nak dekat Dah, Apa Nak Buat ?

Lombok dah tiga kali gempa dalam tempoh yang dekat.

Sulawesi pun sama siap gunung berapi memuntahkan lahar.

Jepun kena typhoon kong-ray dan mangkhut sampai ke China.

Dengar pulak berita gunung berapi Krakatau dah batuk-batuk siap bagi amaran kepada penduduk Lampung dan Banten.

Dapat lagi berita daripada ramalan Jepun bahawa gempa di Indonesia boleh cecah lebih daripada 9 skala richter. 7 skala richter pun dah jadi padang jarak padang tekukur.

Puchong banjir kilat. Cyberjaya dan Puchong ada bunyi guruh panjang macam keretapi. Fenomena kat Sabah awan dah macam ombak gergasi.

Ramalan gempa mungkin berlaku di Manjung, Janda Baik dan Kuala Lumpur keluar pula dalam surat khabar.

Lingkaran Api Pasifik akan aktif semuanya. Gunung berapi dah lama tidur akan bangun balik. Kalau semua gunung berapi pasifik muntahkan lahar dan debu, adakah ini penyebab dukhon seluruh dunia?

Rasulullah s.a.w. pesan, kalau banyak terjadi gempa bersambung-sambung, tandanya dah semakin dekat.

Kalau tahun ini ada banjir besar, bermakna kemarau 3 tahun pun dah dekat.

Doa elak musibah tak guna sebab musibah dah memang janji Allah. Yang betul-betul berguna hanyalah usaha iman dan amal.

sumber : raja bersiong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.