Kisah PM Memandu Sendiri

Tun M suka pandu sendiri jika beliau berkelapangan.

Pada suatu hari di Putrajaya, Tun M berkata kepada pemandunya “Hang dok belakang sat, aku nak drive.. sejak jadi PM balik ni, lama dah aku tak drive”

Beliau pun mula memandu di sekitar Putrajaya. Apabila sampai di satu jalan yang agak besar dan tak banyak kenderaan lain, Tun M berasa ghairah dan mula memecut.

Kereta yang dipandu laju itu telah menarik perhatian seorang anggota polis trafik dan beliau pun menahannya. Polis itu terkejut apabila mengatahui bahawa kereta itu sedang dipandu oleh PM. Beliau pun menghubungi ketuanya.

Anggota : Tuan, saya telah menahan sebuah kereta yang dipandu melebihi had laju
Ketuanya : Kamu saman sajalah
Anggota: Tetapi orang ini orang penting
Ketua : Dia tu Ahli Parlimen ke?
Anggota : Lebih penting
Ketua : Menteri?
Anggota: Lebih penting
Ketua :PM?
Anggota : Lebih penting
Ketua : Siapa orang itu yang lebih penting dari PM? Adakah YDP Agong?
Anggota : Beliau bukan YDP Agong, saya pun tak kenal.. tetapi saya lihat PM sendiri yang pandu kereta dan dia duduk di belakang. Tentunya dia lebih penting dari PM.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.