** Kontrak hampir tamat **

Assalamualaikum semua…

Lama aku senyap jer kan..bukan ape dah start kerja makin bertambah2 la busynya…tapi pejam celik, kontrak GSTT aku dah tingal lagi seminggu lebih jer..after Merdeka, aku pulak yang merdeka…hehee…
Bukan aper..aku rase jiwa aku belum mampu lagi untuk menerima cabaran sebagai seorang pendidik, terutama sekolah men yang betul2 mencabar kesabaran serta keimanan kita…orang boleh kata alah bukan susah nak jadi seorang guru.ngajar je kat depan.. kalau budak bising or tak dengar cakap kita marah jer tak pun cubit jer, sekolah ren tak pe la mau gak makan saman kalau kita gertak2 gitu, ni sekolah men..dah xdak adab sopan n hormat pada guru… cakap senang..tapi hakikat silap ari bulan femes la pulak muka masuk paper..kan kan kan..cikgu sekarang bukan bleh tegur budak, ape tah lagi nak di sentuh…lagi menjadi2 kurang di ajarnya…sabar2…tak pun orang akan cakap…” alah, abaikan je budak yang tak mahu dengar tu..ajar budak yang nak belajar sudah”…. tu pun 1 problm gak…kalau budak2 yang tak mau belajar ni duduk diam x kacau orang x aper..ni tidak…bising melalak2 ganggu P&P…macam mana??pening-pening…

Sedih sebab nak tinggal kan guru-guru yang baik2 belaka, peramah semuanya..dan juga anak didik yang cerdik2 yang cerah masa depan..moga2 mereka mempunyai harapan untuk terus maju kedepan..tak sangup untuk aku bilang pada mereka yang aku bakal tinggal kan mereka kelak..pada yang suka pasti gumbira tidak ada lagi cikgu yang sering melalak melolong suruh mereka diam, salin nota n buat latihan…. pada kamu kamu kamu semua yang berminat untuk belajar, terus maju kedepan, teruskan belajar, jangan sampai hiburan melalaikan kita, jangan jadikan budaya couple satu keutamaan atau kewajipan..fikirkan masa depan..ingat pesan cikgu..merantau la ke tempat orang mencari ilmu untuk masa depan..luaskan pandangan kamu dengan benda2 yang berguna..peluang yang cerah jangan disia-siakan, hormat ibu bapa dan guru2..serta kawan2..dan jgn lupa kita sendiri perlu hormatkan diri kita sendiri barulah orang juga akan hormat pada kita…

Kepada mereka yang ‘bodoh sombong’ merasa diri itu hebat, merasakan diri ini mampu untuk meneroka kehidupan mendatang tanpa ilmu dan pelajaran yang sempurna, cikgu doakan semoga kamu semua cepatlah sedar..bukan kehendak cikgu untuk menghukum kamu, tapi di sebabkan sayangkan kamu, di sebabkan cikgu takutkan masa depan kamu yang masih panjang…masih berliku2…hancur dek kerana cikgu tidak menegur kamu..sehabis yang boleh cikgu lakukan, tapi pertemuan kita hanya sampai disini..semoga kita bertemu, kamu kamu kamu kamu kamu semua menjadi insan yang berguna dan bukan insan yang menghancurkan bangsa dan agama sendiri. di harap apa yang telah cikgu lakukan jangan simpan ia sebagai dendam..anggap ia sebagai hukum di atas ke’nakalan’ kamu kepada cikgu, kamu tahu ape yang telah kamu lakukan pada cikgu..cikgu maafkan segala kekurangan ajar kamu pada cikgu..cikgu halalkan ilmu cikgu dunia dan akhirat…cikgu juga hanya insan biasa, insan yang mempunyai perasaan marah, geram, benci pada kamu kamu yang tidakk mendengar cakap cikgu, yang tidak menghormati cikgu..maafkan segala kekurangan yang ada pada cikgu..

“Ya Allah, kau buka kan lah pintu hati kesemua pelajar-pelajar ku yang aku sayang, kau lembutkan lah hati mereka,kau tunjukkanlah mereka jalan yang benar kerna mereka masih kecil ya Allah, masih perlukan bimbingan dan dorongan, kerna mereka masih perlukan lilin untuk menerangi masa depan mereka yang masih suram..kau berikanlah mereka hidayahMu yaAllah..aku yakin padaMu ya Allah…aku memohon padaMu yaAllah…buka la pintu hati mereka untuk sedar kepentingan ilmu untuk masa depan mereka sendiri…yaAllah…yaAllah…hanya ini yang mampu untuk aku lakukan kepada mereka yang aku sayang, berdoa padaMu yaAllah…kau berikanlah mereka akhlak yang mulia yaAllah..adab sopan yang tinggi yaAllah…kau teguhkanllah keimanan mereka papdaMu yaAllah….AMIN….”
obj=new Object;obj.clockfile=”0023-ltgreen.swf”;obj.TimeZone=”GMT0800″;obj.width=130;obj.height=130;obj.wmode=”transparent”;showClock(obj);

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.