Makan Udang Galah Di Teluk Intan Tepi Sungai Perak

Last week balik kampung sebelah suami. Setelah 2 bulan tak balik kot kerana dek busy dengan kerja. Last-last aku sendiri yang perlu letak masa bila nak balik. Dan last week la balik 3 hari 2 malam. Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Menara Condong Teluk Intan

Suami dah lama janji nak pergi tempat paling best makan di Teluk Intan tu. Tempat tersebut adalah RESTORAN D’TEPIAN SUNGAI. Memang betul-betul tepi sungai, kalau nak basuh tangan boleh basuh terus kat sungai je haha. Yang best nye restoran ni memang sangat special dengan UDANG. Macam-macam jenis udang ada, udang galah, udang besar udang kecil dan lain-lain lagi.

Lokasi ni korang boleh je google map atau waze RESTORAN D’TEPIAN SUNGAI TELUK INTAN.
Korang akan nampak replika udang galah terbesaq, dan boleh terus masuk kedalam. TADAAAA!!1 then sampai lah ketempat yangdituju seperti gambar dibawah ini.

Restoran D’Tepian Sungai

Restoran ni beroperasi :

JAM : 4 PETANG HINGGA 12 MALAM

HARI : DIBUKA SETIAP HARI

Tips Penting Nak Makan Dekat Sini : 

First of all kene call dulu. Wajib call. Saya taknak korang datang tapi kene tunggu dekat 1 jam. Bukan sebab apa, kedai ni memang selalu ramai orang sebab orang nak makan udang fresh dari sungai perak tu. Kalau kornag tak call dan tak order awal-awal, kemungkinan besar korang akan rasa serik dan stress. So saya tekan kat sini CALL DULU! (garang tak haha)

NI NO TELEFON DIA : +6010 – 530 7713 (Man Udang)
NI NO TELEFON DIA : +6013 – 299 0991 (Azizah)

Menu Restoran ni :

Saya lupa nak ambil gambar menu mereka. Tapi masakan utama mereka adalah UDANG ofcourse. Korang boleh pilih macam-macam masakan seperti dibawah, contoh je ye :

  • UDANG MASAK LADA
  • UDANG GORENG TEPUNG
  • UDANG TOMYAM 
Haritu mak mertua saya yang tolong call je mereka, so mereka suggest untuk ambil Udang Goreng Berlada. Memang perghhhh! terbaik! haha lagipun saya taknak yang masak pelik-pelik, sebab saya  nak rasa kesedapan udang tu sendiri. So korang yang datang Teluk Intan, pergilah sini. Udang dia sangat perghh
Saiz Udang :
Ada macam-macam saiz udang, yang dalam gambar ni kami ambil saiz Gred B je. Untuk 6 Dewasa, 2 Kanak-kanak, kami ambil 1 kg udang je. Banyak baqhang! kami siap bawak balik tapau untuk ayah mertua saya sebab beliau tak ikut sebab pergi mesejid masa tu hihi
OK JOM KITA CHECK IT OUT GAMBAR-GAMBAR SAYA , JANGAN TERLIUR HIHI

Bersama Mak Mertua. Thanks my husband co belanja we all semua <3

Ini udang ni gred B. Tapi memnag bulat2 dan sedap!

With husband

Udang 2 pinggan

Mak mertua dan adi ipar, PAH.

With kak ipar, KAK DIANA

Thanks for reading 😉
Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 – 880 5272
SID No : 1208072

2 comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.