Manusia Fitrahnya Kahwin

manusia kena kahwin
ALLAH SWT LAH YANG MENJADIKAN PASANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN SUPAYA BERKAHWIN LALU BERKEMBANG BIAK DI BUMI ALLAH INI NAMUN MANUSIA LUPAKAN ALLAH SWT DAN MENYEMBAH SELAIN ALLAH SWT (BERHALA / PATUNG) YANG TIDAK PUNYAI KEKUASAAN ATAS MEREKA. MEREKA INI TELAH MENSYIRIKKAN ALLAH.
An-Naĥl:72 – Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur pula akan nikmat Allah?
An-Naĥl:73 – Dan mereka menyembah benda-benda yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberikan mereka sebarang rezeki pemberian dari langit dan bumi, dan mereka pula tidak berdaya sama sekali mendapat kuasa itu.
An-Naĥl:74 – Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah, kerana sesungguhnya Allah mengetahui (setakat mana buruknya perbuatan syirik kamu) sedang kamu tidak mengetahuinya.
An-Naĥl:75 – Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba abdi yang menjadi milik orang, yang tidak berkuasa melakukan dengan bebasnya sesuatupun; dan seorang lagi (yang merdeka) yang Kami kurniakan kepadanya pemberian yang baik (harta kekayaan) dari Kami, maka dia pun membelanjakan hartanya dengan bebasnya, sama ada secara bersembunyi atau terbuka, adakah kedua orang itu sama? Segala puji tertentu bagi Allah (dan Allah jualah yang berhak disembah), tetapi kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid itu).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.