MENU SAHUR ZAMAN BERGELAR PELAJAR UITM

Assalamualaikum
Rasanya masih tak terlambat lagi aku nak wish SELAMAT BERPUASA buat semua pembaca Belog Cik Aish. Pejam celik pejam celik. Cepat je masa berlalu. Tau tau dah puasa lagi. Alhamdulillah sebab diberi kesempatan untuk berjumpa Ramadhan lagi sekali. Dan paling penting, diberi kesihatan yang masih baik seperti tahun tahun sebelumnya.
Macam mana bersahur zaman student? 
Teringat aku zaman aku study dekat UiTM dulu. JArang aku bangun sahur. Sebab tak tahu nak makan apa. Nak harapkan makan lauk bazar yang beli petang tu, memang tak la nak makan balik. Tak syok makan lauk sejuk. Selalunya memang jarang beli lauk bazar untuk stok sahur. So jawapan dia, tidur terus sampai pagi. Sok bangun perut berkeroncong. Padan muka! 
Antara menu sahur zaman aku student dulu yang aku ingat : 
1. Magi perisa tomyam dua bungkus
2. Magi perisa lain. haha
3. Magi lagi
4. Eh magi je ke?
 
Haaa kauu.. nampak tu. Betapa banyak betul pilihan yang ada untuk sahur zaman aku student dulu. Memang mengundang seribu penyakit betul! PAtut la sekarang aku perasan, rambut selalu gugur. Kuat makan maggi! Nasib baik sempat kawal lepas makan multivitamin Vitalea untuk kurangkan rambut gugur. Hmm.. 
Penangan minum ESP
Sekarang ni time sahur aku jarang makan nasi. Cuma minum
segelas ESP. Masih bertenaga lagi la sampai waktu berbuka. Hehe. Tak rasa
lapar sangat. Kenapa la dari zaman belajar dulu tak kenal ESP ni? Sebab
zaman belajar dulu sanggup sahur magi yang tak sihat tu! Apa yang aku perasan, bila sahur dengan segelas ESP, badan bertenaga sepanjang hari, perut kurang rasa lapar walaupun tak sentuh nasi, badan maintain cergas! So korang pulak macam mana? Sahur dengan apa?
BELI ESP PERCUMA VITALEA? 
http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.