Mulia Dengan Takwa, Bukan Dengan Harta

MULIA DEGAN TAKWA,
BUKAN DENGAN HARTA

Oleh : Ustaz Hari Moekti
.
✍Banyak orang mengukur kemuliaan dari harta yang dia dapatkan. Banyak yang mengira bahawa seseorang yang bergelumang harta atau kaya bererti dia dimuliakan dan disayangi Allah SWT. Tak kurang juga yang menduga, seseorang yang sedikit hartanya atau miskin bererti tak dimuliakan dan disayangi Allah SWT.
.
✍Sedangkan kaya bukan ukuran kemuliaan. Miskin bukan ukuran kehinaan. Orang kaya belum tentu disayangi Allah SWT. Orang miskin belum tentu tak disayangi Allah SWT.
.
✍Sebab, Allah Maha Pengasih (Ar-Rahmân). Dengan sifat yang Allah miliki ini, semua makhluk Allah kasih, tanpa pilih kasih. Mukmin atau kafir, Allah beri rezeki. Orang bertakwa atau para pendosa, Allah beri nikmat yang beraneka. Orang taat atau tukang maksiat, Allah kurniakan kesihatan. Oleh sebab itu, saat anda diberi banyak harta, diberi pelbagai nikmat dan sentiasa dalam keadaan sihat, tak bererti anda disayangi Allah SWT secara automatiknya, kecuali jika semua itu menjadikan anda makin taat kepada-Nya.
.
✍Di sisi lain, Allah Maha Penyayang (Ar-Rahîm). Semua makhluk memang Allah kasihi hatta kaum kafir dan para pendosa. Semua diberi rezeki, tanpa terkecuali. Semua diberi nikmat, tanpa diskriminasi. Namun, hanya kaum Mukmin yang layak Allah sayangi (Lihat: TMQ al-Ahzab [33]: 43). Merekalah yang layak mendapatkan syurga-Nya yang abadi. Mengapa? Kerana hanya orang Mukmin yang sanggup menjadikan seluruh rezeki dan nikmat Allah SWT sebagai sarana untuk selalu taat dan ber-taqarrub kepada Allah SWT. Mereka menggunakan rezeki dan nikmat Allah SWT untuk beribadah kepada-Nya, menafkahi keluarganya, berinfak di jalan-Nya, menolong orang-orang yang kesulitan, bersedekah dan berwakaf untuk kepentingan Islam dan kaum Muslim, dsb. Merekalah Mukmin yang sebenarnya, sebagaimana firman-Nya (Lihat: TMQ al-Anfal [8]: 3-4).

#taat
#mukminsebenar
#mukminsejati
#HambaAllah
#pejuangsyariat
#jomdakwah

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.