** My Dreams Hobby Room **

Assalamualaikum…

Salam Jumaat, penghulu segala hari bagi kita umat Islam…Dah lama sangat la aku tak update any entry dalam blog ni…okay..cam biasa…busy..busy..busy..busy..busy..busy..busy..and busyyy…. =) haha..amik ko..banyak gila busy kalah orang yang kerja makan gaji…

Saja nak share dengan korang-korang semua…korang ada tak Hobby Room?? Di malaysia ni jarangkan ada hobby room. Di Malaysia ni kalau korang perasan kita selalu ada impian tuk ruang tamu idaman la bilik tidur idaman lah or dapur impian kan kan kan…hemm…tp sebenarnya menarik juga kalau dapat fikirkan impian untuk bilik hobby yang kita suka lakukan…

Okay,1 day aku baca aku belek-belek la magazine along Better Homes and Gardens. banyak benda pasal decoration rumah yang terkini and of course pasal garden la jugakkan sebab tittle nya gitu…maklumla orang tengah buat rumah so banyak la koleksi magazine berkaitan ni..ada satu keluaran ni tapi tak ingat dah bulan baper..rase last year punya collection, pasal hobby rooms…aku pun fikir-fikirkan dan renung-renungan ape hobby aku..haha…banyak-banyak…kalau boleh semua benda aku nak buat..itu ini..apa??? haha..rahsia…
mama selalu cakap ” hg ni semua nk buat..itu nak buat ini nak buat..”… semangat aku pun tetiba la down jatuh menyembah bumi…gedebuk…ahakkss…tapi yang satu ni..memamg mama bagi galakan membina and baba siap sudi-sudi sponsor untuk aku… oh..i like… thanks 2 both of you…

okay-okay..berbalik pada topik kita hari ini…apa bilik hobby korang??pikir-pikir…sure korang semua ada hobby kan???kan best kalau kita dapat buat sesuatu yang kita suka dalam satu ruang yang selesa.. haiii..bestnyaa….bila nak dapat ek…huhu…

Apa la bilik hobby yang aku idam-idamkan ni…sebenarnya aku tetiba dapat idea..kan best kalau aku dapat not only a space but bilik..1 bilik khas untuk ruang jahit menjahit aku tapi tak juga la..bilik art pun buleh..creative room pun cam best..semua barang kelengkapan ada dalam tu..tersusun rapi dan kemas..haha..boleh ke beb…yang ni la selalu fail sikit..oppss…that’s why aku nak bilik…senang aku nak selerak-selerakkan..so kalau ada orang datang umah,just close the door..abis cerita sudah…haha…berbalik pada motive kita nak ada hobby room kan so kena la bagi kemas-kemas..haiishh..apa ini anak dara..malas ke…

So secara tak langsung dapatla aku menyiapkan baju-baju tempahan yang semakin menimbun-nimbun dengan jayanya…class…tak ada la orang merungut-rungut baju lambat siap..haha..siapakah itu..sshuuu…sebab sekarang saya kekurangan ruang..harap maklum…huhu…so nanti kalau aku dapat bilik jahit-menjahit aku cam bilik mainan budak-budak pulak..insyaAllah baru berkobar-koba saya nak menyudahkan keje saya itu dengan cepat lagi tangkas…..

Bawah ni ada bebrapa picture yang aku dapat dari Google..cam bestkan kalau korang negok..haha..untuk yang suka hobby cam aku je la yang suka kan..awak awak dan awak yang hobby lain tu sure rase cam..hemm..biasa je…bust for me..haiishh…nikmat-nikmat…nak pulak buh tv LCD flat screen 1 kat dinding sebab nak jimat space kan… pastu letak pulak laptop siap ngan internet..wahh…pastu buh pulak sofa kecik..haiiss..nanti jadi bilik bermalas malasan la pulak..jangan lupa radio sekali..pasang chanel sinar.fm…haha…classik la habis lagu-lagu dia…kan u kan…kena letak air-cond sama ni kang abis semua kain yang aku nak potong..nak pula dapat kain yang jenis nipis cam kulit bawang..bak kata tok guru aku la..haha..and malaysia kan panas…huhu….

waaahh..banyaknya koleksi kain-kain dia…aku suka..nak color apa..cakap jer.tapi aku nak lagi 1 meja besar and panjang-panjanggggg supaya senang tuk aku potong kain yang panjang bak sari..haha..

oohh….idea yang bagus untuk mengemaskan lagi bilik hobby kita…memang pratikal sungguh…iron board so kalau dah tak mo guna just tolak masuk dalam laci…

ohh..yang ini saya belum ada..bagus-bagus..nanti nak buat 2 3 bijik la…

waww!!! bestnya…nak mana 1 pilih jer…cam kat kedai pulak..

ewah ewahhhh…gerammmmnyaaa…..aku…nantila…haha..nak jugaakkk…

ni pun cantik and kemas..lagi cantik kalau purple tu kita kasi tukar ngan hijau pucuk betik..haha..boleh…classic sawing machine dia..yang aku punya..eh..mama punya ok..ada dalam bilik…wat koleksi antik..haha…banyak jasa tu.. tengok drawer kecik tinonet tu..alahai..kan best boleh simpan segala mak nenek barang-barang jahitan yang kecik- kecik itu

tengok tu…kemasnya…suka aku colorful ni..ceriakan mata jer bila negok..kan kan kan…nak wat keje pon bersemangat…


wahhh…memang cun yang ni…atas bumbung terus…bleh gak ni..aku tebuk syiling umah then wat extand tambah extra room tuk sawing room aku kat tingkat atas..haha..mampus roboh umah ni kang jadinya….

okay..abis dah topik hobby room kita hari ni..lamabt betol aku mengarang dar malam sampai le ke malam..hahaha…buleh gitu…sambil layan hindustan kat youtube…haisehh…nak layan gelek-gelek jap…tata semuaa….

NotaKaki :Semua picture ni aku pinjam and dapat dari search engine Google. please do not sue me….world peace =)

obj=new Object;obj.clockfile=”0023-ltgreen.swf”;obj.TimeZone=”GMT0800″;obj.width=130;obj.height=130;obj.wmode=”transparent”;showClock(obj);

One comment

  1. Assalam tuan / puan .sy membuat keje2 ubah suai rumah dan pejabat..seperti mnyambung rumah.plaster siling,pasang tile,buat porch,wayaring,plumbing,pagar dan autogate,vinyl floor,wallpaper,waterprofing,grill,landskap dan kolam hiasan.terbuka untuk kawasan bangi,kajang,serdang,putrajaya,bndr sri putra,sepang,nilai,cheras,puchong,semenyi dan kuala lumpur.hubungi sy d no 0192945175 atau wssp sy d no 01129110298

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.