Pelabr Jepun Tidak Suka Tun M ?

PELABUR JEPUN TIDAK YAKIN DENGAN POLISI TUN M

Nikkei Asia Review hari ini menulis sesuatu yang luar biasa tentang polisi Tun M yang kelihatan begitu disegani oleh Jepun pada era 1983 – 2003.

Jepun yang telah 40 tahun melaksanakan GST mengalami defisit keyakinan terhadap kepimpinan Tun M apabila membuat comeback ke pucuk pemerintahan negara. Ianya bukan sesuatu yang membawa rasa hurmat, tetapi ia mungkin mengubah persepsi masyarakat negara tersebut terhadap Mahathir.

Jepun bukan negara yang bodoh. Kerajaan negara tersebut yang diperintah oleh LDP sejak sekian lama pernah hilang kuasa pada sekitar lewat 1990an ke tangan parti pembangkang yang menggunakan isu cukai yang kononnya membebankan rakyat. LDP tumbang juga kerana fitnah. LDP hampir lumpuh seperti UMNO apabila parti tersebut mengalami masalah kewangan dan pemimpin-pemimpinnya ramai yang tidak lagi mahu meneruskan usaha menaikkan parti tersebut.

Namun, LDP hanya hilang kuasa selama 1 penggal. Rakyat mulai sedar bahawa LDP telah difitnah dan kerajaan baru ternyata gagal, maka LDP kembali berkuasa pada 1998 hingga kini.

Bezanya cuma, LDP tidak dijatuhkan oleh bekas Presidennya yang mengetuai parti musuh untuk menjatuhkannya dalam pilihanraya.

Jadi, keputusan Tun M menurunkan GST kepada 0% sememangnya diketawakan dunia kerana hampir 95% negara di dunia telah melakukan transformasi ekonomi dengan melaksanakan GST. TETAPI Malaysia di bawah PH membohongi rakyat dalam kempen PRU14 bahawa GST membebankan rakyat.

Mungkin rakyat seronok untuk 3 bulan kerana tiada GST di dalam bil mereka. Hakikatnya, walaupun GST tiada, harga barang tetap sama, malah kebanyakkan nya bertambah naik. Apatah lagi apabila SST yang akan dikuatkuasakan pada 1 September. Jika kini tarif elektrik yang naik, tunggu sehingga SST berkunjung tiba. Rakyat akan gigit jari kerana tiada satu pun manifesto yang ditunaikan, malah rakyat semakin miskin dan hidup tertekan kerana harga barang melambung tinggi.

Kekurangan pelabur akan menyusahkan negara kerana kerana peluang pekerjaan akan berkurangan, pekerja diberhentikan, peluang perniagaan semakin kurang, kontrak kerajaan semakin tiada, dan akhirnya bukan sahaja masyarakat Melayu yang akak menangis, malah masyarkat Cina dan India akan turut gigit jari!

Namun saya yakin, penyokong PH tidak akan mempercayai tulisan saya kerana memang secara dasarnya, mereka lebih suka terjatuh baru terngadah.

AS

#EmpiricalWatch

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.