Pelanggan Suka Compare Harga ? Cuba Baca 11 Tips Nih…

Isu : Pelanggan compare barang kita dengan barang brand lain yang lebih murah. Pelanggan cakap harga kita mahal.

Apa langkah kita perlu buat?

1. Tuan Shucre Ebrahim berkongsi :

“Yang murah ada, tapi kualitinya jauh lebih rendah daripada yang kami jual sekarang, puan nak ke yang murah tapi low quality?”

2. Puan Faidatul Farhana berkongsi :

Tunjuk gambar yang boleh zoom produk itu atau keluarkan testimoni puas hati atau repeat customer kita.

3. Tuan Mohd Burhanudin Yusof berkongsi :

Buat perbandingan. Pelanggan lebih nampak contoh perbandingan. Ferrari Vs Kancil.

4. Saya :

Ceritakan pengalaman buruk diri sendiri atau pelanggan yang pernah guna barang murah sebelum ini. Pengalaman menyesal beli barang murah.

5. Saya :

Split test iklan yang sasar range umur berapa yang berikan kita leads yang lebih berkualiti.

Cth :

Iklan A : age 20 – 30. Spend RM100. Dapat 50 prospek. Cost per leads RM2. Tapi closing rate 5%. 3 sahaja membeli.

Iklan B – age 30 – 40. Spend RM100. Dapat 30 prospek. Cost per lead lebih mahal RM3.33. Tapi closing rate 30%. 9 orang membeli.

Maka targetting B lebih berkualiti.

6. Tambah baik presentation produk di iklan2 dan page kita. Rujuk contoh2 brand premium cara mereka persembahkan produk. Tiruvasi daripada mereka.

7. Tuan Muda Atif Shamsuddin berkongsi :

Terangkan balik apa nilai yang dia dapat kalau beli produk kita walupun mahal. Contoh beli headphone bernilai rm 300. Tapi dapat warranty 1 tahun & voucher next purchase. Terangkan juga beli yang murah nilai apa yang dia dapat. Contoh, mungkin beli headphone harga rm 100 itu murah, tapi warranty 1 bulan & tak dapat voucher atau free pos.

8. Tuan Shucre Ibrahim berkongsi sekali lagi :

Kami pernah keluarkan produk harga murah tapi pelanggan sedia ada mintak upgrade kepada yang lebih eksklusif sebab mereka nak produk yang kualiti dan kesannya lebih baik. Sebab itulah sekarang kami dah stop keluarkan produk murah sebab kualiti memang kurang memuaskan.

9. Dr Hafiz Sulaiman berkongsi.

Produk kami offer dan pentingkan after sale service. Kami guide cara penggunaan produk yang betul dan jika ada masalah kami akan troubleshoot. Kami tak tinggalkan pelanggan kami dan sentiasa follow up penggunaan produk kami. Jadi puan tak perlu risau beli produk kami. Produk kami juga terjamin dari segi kualiti, keselamatan bahan. Nah ini Certificate of Analysis (COA) nya.

10. Tuan Muda Fahmi Rahman berkongsi :

Guna contoh ayat begini “Ada customer kami, engineer sama macam tuan, dia pun rasa mahal dan risau nak berurusan dengan kami. Tapi akhirnya dia bersetuju. Alhamdullillah. Lepas dia dah gunakan produk/servis kami, dia rasa best giler, siap rekemen kepada kawan-kawan.”

11. Puan Hafsah El berkongsi :

Tudung ni memang mahal sikit daripada tudung lain puan, tapi cuba tengok betol2, cutting dia elok2 je dengan anak kita. Kain pun best, gebu lembut je selesa di kulit. Elok terletak kat muka anak. Hiasan ni jahitan tangan tau, tak mudah tercabut. Jahitan tepi tu bukan jahitan biasa, kemas bercorak keliling tudung. 😁

Kalau anak tak muat muka ke tercabut butang ke, bagitau kami. Kami tukar yang baru. Ada warranty gitu. 😁

.
Nota : Perkongsian ini saya ambil daripada sesi diskusi petang dalam Group Telegram The Protege Majalah Niaga. Terima kasih kepada semua protege yang berkongsi.

Hasbul Ariff
.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.