Pembahagian Harta Mengikut Al-Quran

Allah SWT berfirman:
يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِىٓ أَوْلٰدِكُمْ  ۖ  لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الْأُنْثَيَيْنِ  ۚ  فَإِنْ كُنَّ نِسَآءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ  ۖ  وَإِنْ كَانَتْ وٰحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ  ۚ  وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وٰحِدٍ مِّنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ إِنْ كَانَ لَهُ ۥ  وَلَدٌ  ۚ  فَإِنْ لَّمْ يَكُنْ لَّهُ ۥ  وَلَدٌ وَوَرِثَهُ ۥ ٓ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ  ۚ  فَإِنْ كَانَ لَهُ ۥ ٓ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ  ۚ  مِنۢ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِى بِهَآ أَوْ دَيْنٍ  ۗ  ءَابَآؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ لَا تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا  ۚ  فَرِيضَةً مِّنَ اللَّهِ  ۗ  إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
yuushiikumullohu fiii aulaadikum liz-zakari mislu hazhzhil-unsayaiin, fa ing kunna nisaaa`an fauqosnataini fa lahunna sulusaa maa tarok, wa ing kaanat waahidatan fa lahan-nishf, wa li`abawaihi likulli waahidim min-humas-sudusu mimmaa taroka ing kaana lahuu walad, fa il lam yakul lahuu waladuw wa warisahuuu abawaahu fa li`ummihis-sulus, fa ing kaana lahuuu ikhwatun fa li`ummihis-sudusu mim ba’di washiyyatiy yuushii bihaaa au daiin, aabaaa`ukum wa abnaaa`ukum, laa tadruuna ayyuhum aqrobu lakum naf’aa, fariidhotam minalloh, innalloha kaana ‘aliiman hakiimaa
harta faraid alquran
“Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh si mati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak. Tetapi jika si mati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga. Kalau pula si mati itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya. lbu-bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”
(QS. An-Nisa’ 4: Ayat 11)
* Via Al-Qur’an Melayu http://quranmelayu.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.