Penyerahan Memorandum Kepada Kedutaan British Pencerobohan Palestine

*PERHIMPUNAN AMAN SERAH MEMORANDUM KEPADA KEDUTAAAN BRITISH*

Apa perasaan anda jika ahli keluarga anda *dibunuh* dengan kejam? Diperlakukan seperti *haiwan*? Ditangkap secara *paksa* meskipun masih kanak-kanak? Rumah anda pula *diroboh* dengan jentolak? *Dihalau* dan *dipindahkan* kerana dikatakan anda bukan penduduk asal padahal anda sememangnya penduduk asal? Setiap hari air dan elektrik *dicatu*? Dipisahkan oleh *tembok pemisah* yang memutuskan bekalan makanan dan pendidikan? Itulah *kesengsaraan* yang dilalui oleh rakyat Palestin sejak Deklarasi Balfour 100 tahun yang lalu. 
Bagi mengingati kekejaman ini, kami ingin *MENJEMPUT* anda semua *RAKYAT MALAYSIA* pencinta kemanusiaan dan keamanan untuk sama-sama berhimpun secara aman bagi menyerah memorandum bantahan sambutan 100 tahun Deklarasi Balfour yang bakal diraikan tepat pada 2 November ini. Peristiwa Deklarasi Balfour tidak patut diraikan kerana ia telah mencabuli pelbagai hak asasi manusia rakyat Palestin yang tidak berdosa. *Sebar dan mari berhimpun!*
Tarikh : 3 November 2017 (Jumaat)
Tempat : Hadapan Menara Binjai, No 2, Jalan Binjai, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 
*ATUCARA PERHIMPUNAN AMAN SERAH MEMORANDUM*
– 10.30 pagi : Berhimpun di Depan Menara Binjai. 
– 11.15 pagi : Wakil Perhimpunan serah Memorandum kepada Kedutaan British. 
– 12.15 tgh hari : Sidang Media. 
– 12.30 tgh hari : Bersurai dengan aman. 
*#Share* *#Viral*
*#Balfour100*
*#MalaysiaBersamaPalestin*