** Pisang Purple ?? **

Salam semua…obj=new Object;obj.clockfile=”0023-ltgreen.swf”;obj.TimeZone=”GMT0800″;obj.width=130;obj.height=130;obj.wmode=”transparent”;showClock(obj);

Hohoo…entry kali ni nak cerita mengenai khasiat berdiet dengan Pisang.. apasal tajuk aku ‘Pisang Purple’??? tak masuk akal dan aku pon tak la pulak pernah jumpa pisang berwarna purple…huhu..saje je aku buat tajuk entry bagi gempak sikit….gempak ke?? pleessss….
Ok, semalam my sis ada bawa balik satu majalah ASUH..ada jual kat sekolah dia. Bagus majalah ni kerana gambar-gambar yang ada di dalamnya sungguhlah comel..haha..boleh?? banyak gak panduan-panduan doa and cara bersolat dengan betul untuk kanak-kanak and jangan buat-buat lupa orang-orang dewasa juga..ahakksss….aku pon selak la setiap helaian page tu and aku berminat nak buat sudoku…mesti korang ingat aku berminat nak baca mengenai pisang..huhu..
ok jangan mengarut lagi…ni FAKTA ok FAKTA mengenai PISANG yang aku rasa aku nak share dengan korang-korang semua.. Purata sebiji pisang mengandungi 90kalori ( so dalam 90% keperluan kabohidrat yang badan kita perlukan). Pisang ni mengandungi vitamin B, C and Potassium (kalium) yang dapat meberi kita tenaga. so apa kaitanya pisang dengan diet kita ialah pisang mempunyai kandungan lemak , garam dan kolestrol yang SANGAT RENDAH. jadi tidakkah itu sangat bagus untuk korang-korang yang hendak berdiet secara sihat macam saya…heheee..
untuk lebih berkhasiat lagi korang makan Quaker Oats(baik untuk menyerap kolestrol dalam badan) every day and korang masukan bersama-sama dengan hirisan pisang…SEDAP…betol aku cakap sebab menu aku every day kalau ada pisang di rumah.. ya yaa…saya tahu mesti anda mengatakan…sungguh la y****k nak makan Quaker Oats yang sungguh lembik itu..tapi macam aku cakap..korang boleh la masukan buah-buahan seperti strawberry ke or yang aku suka time stay kat US is Blueberry…memang best…yumm yuumm…kalau tak dak and aku tau susah nak cari benda alah tu, letak la sikit gula..SIKIT sahaja ok…melampau-lampau kalau letak 1 sudu…hehee…
More information about Pisang lagi yang aku dapat dalam internet ni ialah kajian telah di buat ke atas pesakit-pesakit jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih setelah memakan pisang bukan sebiji dua terus menjadi OKES… ini kerana pisang juga mengandungi sejenis protin yang bertukar kepada serotonim dalam tubuh manusia, yang akan membuat kita menjadi tenang, mengembalikan mood dan akan membuat kita berasa GEMBIRA… lalalalaa…so bila korang-korang sedih putus cinta ke, bergaduh dengan boy friend ke ada masalah exam ke or apa aje, boleh la try makan pisang dari memakan ais-krim or coklat yang boleh membuat kan sesorang itu menjadi gemuk..hemm..bagus bagus baguss…
Lain-lain kebaikan yang ada pada sebiji pisang ni ialah untuk penghisap rokok yang ingin berhenti merokok jangan hangat-hangat tahi ayam , vitamin B6, B12, Potassium dan Magnesium dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh..boleh di usulkan pada baba ni…hehe..
Pisang juga dapat menstabilkan tekanan darah kerana kadar potassium yang tinggi itu..so untuk sesiapa yang ada penyakit darah tinggi patut mencubanya..banyak lagi fakta-fakta mengenai pisang yang aku dapat tapi tak sempat nak share semuanya.. so aku harap ini jugak dapat membantu kalian-kalian semua…
“Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan kita dari doktor”…lari larii.. =)

COTCET: Patutlah monyet-monyet sering riang gembira bila dapat makan pisang…hehe..

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.