Produk Kecantikan Buatan Sendiri Menambah Teruk Pada Sunburn

SUNBURNT

Okeilah,rasanya kan dah macam-macam jenama produk kecantikan buatan Malaysia yang lalu di news feed setiap kali tengok facebook. Bukan tak minat atau bukan nak mengkondem. Tapi honestly saya ni dah tak larat nak follow setiap satu produk tersebut. Dari zaman universiti 5 tahun lepas. Sampailah sekarang. Em susah jugak sebab kebanyakan produk kecantikan buatan sendiri ini mengandungi merkuri. Bahaya tauu..

Tak semua tapi MOSTLY macam tu. Ada yang okei, dan ada juga yang tak okei. Korang semua haruslah pandai dan kaji dulu produk apa yang korang nak pakai. Berhati-hati siket. Walaupun iklan, testimoni power semua, tapi apa pun kene berhati-hati. Cuba kaji tekstur krim-krim tersebut, cuba tengok sabun tersebut. Lutsinar atau tak. Dan macam-macam lagi lah.

Dan tujuan saya menulis blog ini bukan pasal apa. Risau dengan wajah muka saya yang sunburn sebab bermain di tepian pantai berejam-rejam lamanya. Haha susah jugak dah sunburn macam ni macam-macam dalam otak nak pakai skincare apa. Mula2 google pasal Wonderglow. Dah gugel then saya pun dah beli. Emmmm 

Macam-macam jenama ada.

Honestly, wonderglow ni memang boleh dikatakan semua krim dia menggunakan merkuri!! arghh stress aku!haha sebab dah beli. Kalau tak beli x pe la jugak. Boleh cek dekat sini Senarai Produk Yang Mengandungi Merkuri . Sodeh nye rasa. Tapi saya takdelah putus asa.

Terus cari dan mencari skincare apa yang helok untuk mengurangkan sunburn dan kerengsaan diwajahku ini. Sebab ciri-ciri orang sunburn adalah seperti dibawah :

  1. Wajah gelap kemerah-merahan seperti udang kene bakar
  2. Lebih teruk selepas 2 ke 3 hari, kulit wajah akan menggelupas
  3. Kulit wajah jadi panas sentiasa lebih kurang dalam seminggu
  4. Muka tegang pedih
  5. Bibir hitam
  6. Dari jauh ornag tak boleh cam
Begitulah antara ciri-ciri muka dan sunburn. Pedih wowww! Tapi nasib baiklah pada waktu tu, stok Shaklee punya pencuci muka Cleanser masih ada lagi saki bakinya. Yang best pasal foaming cleanser ni, dia tak berbuih tau. Jadi kalau kita pakai kulit takde mengering, dan kurang siketlah kesakitan kepedihan akibat dari sunburn tuuu.. hihi
So consisten je pakai ini dan masa tu try pakai produk Watsons buatan manatah. Tapi bukan Malaysia lah. Krim Vitamin E (sangat bagus untuk parut, sebab sebelum sunburn muka saya tengah tumbuh jerawat period. Vitamin E tu macam kat bawah ni!
Krim Vitamin E, Melembapkan semula kulit wajah yang kering dan menipis akibat sunburt
Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten pakai, kulit jadi lain macam. Sunburn cepat je ilang, kulit jadi putih balik (takdelah putih sangat pun aku ni), yang best dia melembapkan balik kulit ni, dan tak terlalu oily yeh! hehehe sungguh best sangat! Rekomen sangat dengan anda-anda yang cuba nak membaiki kulit wajah. Lagipun produk ni dah lama. Boleh dipercayai tau!
EHHHH!!
Tak lupa lagi satu Produk Shaklee yang sangat membantu dalam proses penyembuhan sunburn ini, adalah 
Sedapnya ESP!

Kepada yang nak bertanya pasal apa sahaja masalah berkaitan kulit muka, meh hubungi saya di nombor dibawah!! saya bukan pakar kulit, tapi apa yang saya kongsikan dengan korang adalah dari pengalaman saya sendiri yang tak seberapa ini.. Mungkin kita ada masalah yang sama? kan?
Assalamualaikum !
Thanks for reading 😉
Hubungi saya di :
Facebook : Mashidayu Mohyi
No tel : 017 – 880 5272
SID No : 1208072

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.