Rahmat di Sebalik Wanita Bersalin

💞 RAHMAT di sebalik wanita bersalin 💞
Saat mengandung selalu muntah. Suami akan datang dari belakang dan gosok-gosok di belakang. Isteri sakit dan suami bertambah rasa kasihan kepada isteri. Memberi sentuhan. Sebenarnya kasih sayang itu membuat anak dalam perut juga bersama ibu dan ayahnya..
.
Wanita mengandung selalu tidak boleh tidur malam. Susah tidur malam. Latihan supaya boleh menjaga anak-anak bila anak dah lahir. Ya Allah bagaimana boleh lena dengan perut yang semakin membesar dan rasa tidak selesa.
wanita bersalin
Isteri kadang-kadang tak larat nak bersama suami atau kadang-kadang bad mood. Suami pujuk dengan picit-picit isteri. Suami berikan hadiah. Suami sentuh perut isterinya…isteri disediakan mental untuk melayan anak-anak nanti..
Paling syahdu dapat dukung or papah isteri bila dia tak larat or lepas bersalin untuk ke bilik or ke mana-mana. Saling bermaafan. Masing-masing banyak berdoa dan berzikir. Benar-benar mengharapkan pertolongan Allah.
.
Semua orang akan merasai belas kasihan dan sayang pada wanita mengandung kerana anak-anak dalam perut itu memerlukan kasih sayang. Wajah mereka menyejukkan. Tenang..
.
Hebat wanita. Biasanya semua orang tak suka jika ada benda membebankannya. Tetapi ibu senyum, ketawa bila anak sepak perutnya. Rasa ada pergerakan dalam perut satu nikmat buatnya. Ibu jika terjatuh atau sakit yang dirisaukan ialah kandungannya. Yang ingin diselamatkan.Allah masukkan perasaan sayang dalam hatinya. Indahnya menyayangi melupakan segala kesakitan dan keperitan.
.
Ramai suami benar-benar jatuh cinta bila isteri mengandung. Dan paling jatuh cinta saat isteri bersalinkan anak. Melihat betapa sakit dan susahnya untuk mendapatkan seorang anak. Suami akan menangis tersedar. Insaf. Ingat ibu dan isterinya. Satu kesedaran yang benar-benar menusuk hati paling dalam.
.
Allah sebut kisah wanita bersalin dalam Al-Quran. Betapa ianya dihargai..mengandung 9 bulan. Kesakitan bersalin.
.
Wanita bersalin diampunkan semua dosanya. Uratnya yang putus. Kesusahan solat dan buat baik ketika mengandung dan saat menjaga anak-anak. Semuanya diperhati dan dinilai oleh Allah. Orang yang memudahkan mereka juga..memudahkan urusan buat wanita mengandung dan bersalin..
.
Mereka yang ada niat untuk mengandung dan belum ditakdirkan insyaAllah. Allah telah beri pahala mengikut niat yang baik.
.
Ya Allah mudahkanlah buat semua ibu yang mengandung dan bersalin. Ya Allah maafkanlah ibu kami yang sakit ketika bersalin buat kami. Ampunkan isteri kami dalam berkorban dan mati banyak kali demi kami. Ya Allah rahmatilah wanita yang ingin mengandung tapi belum ditakdirkan. Mudahkanlah buat mereka. Rezekikan mereka anak soleh dan solehah-ebit lew

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.