Ramadhan yang indah suatu ketika dulu..

zaman praktikal dulu sangat indah..betul aku cakap..SANGAT..
walaupun masing-masing masih belum bekerja,kami bahagia. kami gila-gila. kami kongsi segala-galanya.
kami juga menangis bersama-sama.
dan kami sanggup berkorban wang saku dan masa semata-mata untuk bersama..
ingat lagi masa kami serentak “bercuti” dari berpuasa..biasalah perempuan kan..kekeke.
lunch time sama-sama plan pergi ke Mcdonald tapau makanan..bahagia! makan kat markas…(rumah Nisa)
rasa macam hilang semua masalah bila bersama-sama..gelak sakan!
kami pergi bazar ramadhan bersama-sama…
dan kami juga sentiasa menanti peluang untuk terus bersama…
berbuka puasa bersama-sama…tengok kat SINI
INDAH sungguh PERSAHABATAN kami!
tapi sekarang…mereka dah pergi…membuat haluan masing-masing..
mungkin mereka lupa pahit manis persahabatan ini..
atau pun mungkin mereka ada persahabatan lain yang lebih baik dari persahabatan ini..
tak mengapalah..aku faham.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.