Seluruh Stesen Minyak Adalah Kawasan Larangan Merokok

[Info]

Seluruh Stesen Minyak Adalah Kawasan Larangan Merokok.

Tahukah anda, kawasan open air kedai makanan/restoran yang terdapat di dalam kawasan stesen pam minyak adalah kawasan larangan merokok.

Seluruh kawasan telah digazetkan secara automatik di dalam Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004. Ini termasuk:
1) Kedai serbanika
2) Kedai Restoran (tertutup atau terbuka)
3) Tandas
4) Pinggir pagar
5) Tempat pam angin
6) Dalam kenderaan anda

Jika anda didapati merokok di kawasan ini dan ditangkap oleh penguatkuasa, anda boleh dikompaun dan didakwa di Mahkamah.

Kredit : Public Health Malaysia

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.