Senggugut Teruk Dan Sakit Bila ‘Bersama’ Punca Sukar Hamil

Ramai wanita muda yang mengalami senggugut teruk ketika datang bulan. Ditambah pula dengan kesakitan yang dialami bila bersama suami dan sukar hamil

Gambar sekitar rahim yang dilanda endometriosis. Darah haid membanjiri sekeliling rahim – gambar sumber dari dr hamid arshad
Ini antara tanda tanda penyakit ENDOMETRIOSIS. Jika lambat dirawat mungkin tidak dapat hamil secara semula jadi, risiko keguguran, atau pun kelahiran pra matang

ENDOMETRIOSIS BOLEH JADI PUNCA SUKAR HAMIL

Endometriosis adalah penyakit yang mana tisu yang selalunya tumbuh di dalam rahim (endometrium) tetapi tumbuh di luar rahim. Selalunya terjadi di dalam ovari, tiub Fallopio dan tisu di sekeliling rahim. 
Ia berlaku apabila selaput endometrium menebal dan berdarah sewaktu kitaran haid, tetapi ia tidak mengalir keluar daripada tubuh. Ini boleh mengakibatkan inflamasi tisu di sekelilingnya dan seterusnya penghasilan tisu parut. 
Apabila ini terjadi, kilang telur mula membengkak dan darah kotor terkumpul di dalamnya. saluran peranakan juga boleh rosak dan tersumbat lalu boleh menyebabkan wanita sukar hamil

SIMPTOM SIMPTOM ENDOMETRIOSIS

Hampir 70 peratus kesakitan berlaku ketika waktu haid, sakit ketika melakukan hubungan seks dan ketika membuang air kecil atau besar.
Selain itu akan berasa loya, pengsan,  muntah, sembelit, kembung, kebas, sejuk kaki dan tangan, haid yang sedikit dengan warna hitam dan coklat 
Sekiranya tidak dikesan lebih awal dan tiada rawatan diberikan, ini akan menyebabkan struktur organ di pelvis beralih dari kedudukan asal.
“Setiap kali senggugut, saya hanya terbaring kerana sukar bangun, perlu memakai stokin dan berselimut kerana badan menjadi sejuk. Ketika itu hanya ubat penahan sakit, minum air panas dan tuam perut dapat melegakan sedikit gejala yang dialami”

KENALI JENIS RAWATAN UNTUK PENGHIDAP ENDOMETRIOSIS

1. RAWATAN KONSERVATIF
Kaedah konservatif sesuai untuk pesakit yang menghidapi hanya pada tahap ringan dengan simptom yang sedikit. Rawatan ubat saja mungkin boleh menghilangkan rasa sakit, tetapi tidak akan menghalang endometriosis daripada merebak.
2. UBAT HORMON
Ubat hormon diberikan untuk wanita yang mengalami senggugut teruk atau hormon tidak seimbang. Tujuan untuk menyekat tahap hormon estrogen dan progesteron di dalam tubuh pesakit.Hormon ini diberikan selama beberapa bulan untuk memastikan sebanyak mungkin lapisan ektopik endometriosis dapat dikurangkan Rawatan hormon boleh mempengaruhi kesuburan dan tidak sesuai untuk diberikan kepada mereka yang merancang untuk hamil.

3. PEMBEDAHAN

Diagnosis yang tepat hanya boleh dilakukan melalui pembedahan laparoskopi diagnostik. kamera dimasukkan melalui tebukan kecil di pusat pesakit. Melalui kamera doktor boleh memeriksa keadaan organ dalaman terutama rahim, kilang telur dan saluran peranakan. tisu endometriosis akan dimusnahkan atau dibuang dan tisu yang baru terjadi akan dibakar menggunakan alat khas.

RISIKO BERULANG SEMULA

proses yang menyebabkan endometriosis akan berterusan sepanjang hidup selagi wanita mempunyai haid. Jadi risiko untuk berulang semula adalah tinggi

LANGKAH-LANGKAH MENGAWAL HORMON ESTROGEN PADA WANITA

Saya ingin kongsikan tip-tip dari Dr Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan yg terkenal untuk mengawal estrogen.j
1. Kekalkan berat badan ketahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2. Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
3. Mengawal stress. Selain boleh meningkatkan hormone cortisol/steroid, stress juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.

PENGAMBILAN MAKANAN YANG BERKHASIAT

Ada beberapa jenis makanan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu : 
1. Buah delima/ promegranatePengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2. Sayur- sayuranSayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3. Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggungjawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. CendawanCendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.

5.,Biji anggur (grapeseed)Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6. Chia SeedChia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7.  OatsOats adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrusBuah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogenMinum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz kedalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9.  Bawang- bawangBawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping megandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. KunyitKunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11.  Algae ( spirulina/ chlorella)Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermentedMakanan fermented daperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bacteria baik untuk badan dan melawan bacteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13. Minyak kelapa DaraMinyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen
14. Bawang PutihBawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun KuchaiDaun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen

RESVERATROL BERTINDAK KURANGKAN HORMON ESTROGEN, ELAK ENDOMETRIOSIS

Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine . 

Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. 
Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.

VIVIX – MINUMAN BOTANI TINGGI RESVERATROL DAN POLIFENOL

Vivix merupakan minuman botani yang 10 kali lebih kuat daripada resveratrol  dalam memperlahankan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel.

Vivix dihasilkan dari 4 jenis ramuan hebat 
1. Muscadine Grape
2. Polygonum Cuspidatum
3. Elderberry Eropah
4. Purple Carrot

Keempat empat bahan utama ini mengandungi polifenol dan resveratrol yang telah diuji secara klinikal mempunyai khasiat yg amat banyak. 

Hasil kajian makmal mendapati campuran Resveratrol dan polifenol ini adalah 10 kali ganda lebih hebat dalam memperlahankan mekanisma penuaan sel, berbanding oleh Resveratrol semata-mata.

Resveratrol dan Polifenol yang ada dalam vivix adalah antioksidan kuat yang berfungsi sebagai perisai untuk melindungi sel-sel dari kerosakan radikal bebas dan yang berkaitan dengan ketumbuhan

Vivix mampu menyekat penyerapan estrogen sekaligus membantu mencegah ketumbuhan yang dipengaruhi oleh hormon.
Vivix membantu merencatkan pertumbuhan sel tidak normal dan menghalang pertumbuhan semula sel tidak normal.
Dalam kajian makmal, gabungan Polyphenols dari 4 jenis tumbuhan ini mampu
1. Melindungi dan membaiki DNA selular
Polyphenols dari campuran botani ini membantu Melindungi kerosakan DNA, Menyokong pembaikan sel, pembaharuan & fungsi sihat.
2.    Meningkatkan tenaga sel
Polifenol membantu menggalakkan pengeluaran daripada mitokondria. Tenaga selular yang optimum, mengecas semula dan memperbaharui sel anda supaya yourcells kukuh dan penting.

3.    Pertahanan sel
Dalam kajian klinikal, gabungan unik Polyphenols memberi tindakbalas terhadap keradangan. orang yang sihat selepas mengambil makanan yang tidak sihat, boleh menyebabkan penuaan selular. Kurang keradangan bermakna anda mempunyai pertahanan sel yang lebih kuat dan melambatkan proses penuaan.
4. Mengurangkan pembentukan protein AGE
Kajian makmal juga menunjukkan bahawa gabungan unik Polyphenols ini membantu melambatkan pembentukan protein AGE sehingga 90% berbanding hanya resveratrol sahaja. Sel dengan protein AGE yang lebih rendah bagus untuk kesihatan jantung dan tahap glukosa darah yang sihat.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB Page : AlmariCantik


PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.