SOTONG GORENG MADU

Menu apa nak dihidangkan buat keluarga malam nanti.
Jika anak dan suami gemarkan menu sotong, boleh cuba masak Sotong Goreng Ala Madu ini.

SOTONG GORENG MADU.

Bahan A:

1) 1kg sotong
2) 5 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
3) 1 inci halia (tumbuk lumat)
4) Serbuk kunyit
5) Garam
6) Minyak

Bahan B:

1) 1 biji bawang besar (kisar)
2) 5 biji bawang putih (kisar)
3) 4 sudu besar madu
4) 1 sudu besar kicap pekat manis
5) 2 biji cili merah
6) 1 biji tomato

Cara Memasak:

1) Gaulkan bahan A (sotong,bawang putih,halia,serbuk kunyit,garam) dan perap selama 10minit
2) Setelah perap,goreng separuh masak dan ketepikan
3) Tumis bahan B (bawang besar dan bawang putih) menggunakan minyak goreng td hingga naik bau
4) Masukkan madu dan kicap
5) Goreng hingga pecah minyak
6) Masukkan cili merah dan tomato
7) Masukkan sotong yang digoreng tadi
8) Gaul sebati hingga sotong masak sepenuhnya
9) Tabur daun bawang
10) Sedia untuk dihidang
.
Selamat Menjamu Selera
Kredit: Resepi_kita

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.