TIPS KURANGKAN SAKIT SENGGUGUT TANPA PAIN KILLER!

MASALAH SENGGUGUT TERUK!

Selalunya benda yang paling perempuan takut selain sakit beranak, adalah senggugut. Yang pernah alami je tau apa rasa dia. Memang sakit. Jadi kali ni aku nak kongsikan sedikit tips macam mana nak kurangkan sakit senggugut.

Amalkan sikap positif dan bertenang.
 

Jangan terlalu fokus kepada kesakitan tersebut dan cuba buat perkara
lain yang boleh menenangkan anda. Banyakkan berzikir dan berdoa.

Awasi Garam Dalam Makanan

Pengambilan garam berlebihan akan membuatkan badan menyimpan banyak
air. Ini boleh menyebabkan kekejangan di bahagian perut ketika haid.
Makanan ringan merupakan contoh antara makanan yang mengandungi garam
berlebihan. Elakkan makanan seperti ini  beberapa hari sebelum
kedatangan haid. 
Gunakan Pad Pemanas

Pad pemanas ada dijual di farmasi, dan ia boleh digunakan untuk
melegakan rasa sakit di bahagian perut. Selain itu, cara yang lebih
mudah ialah dengan menggunakan botol berisi air panas yang dibalut
dengan tuala sebagai alat tuam. Anda juga boleh mandi air hangat atau
suam untuk mengurangkan kesakitan. 
Minum Air Suam

Elakkan ais dan minuman sejuk. Minuman halia madu lebih bagus. Semasa
air baru mendidih, campurkan dengan 5 hiris halia dan 3 sudu besar
madu. Minum setelah suam. 
Urut

Urutan mampu melegakan kesakitan akibat kontraksi otot-otot di
bahagian rahim. Gunakan minyak urutan panas berangin dengan urutan
lembut. Anda juga boleh mengambil bawang merah yang telah ditumbuk, dan
dicampurkan dengan sedikit minyak untuk disapu pada perut.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang senggugut boleh layari website ni ye  http://www.wom.my/kecantikan/senggugut-tanda-anda-subur/#ixzz3UcxZgy9t
BOLEH KE PENGAMBILAN SUPPLEMEN BANTU KURANGKAN SENGGUGUT?
Jawapannya mesti la boleh. Macam kakak kita ni, dia kata, dia alami senggugut sampai rasa nak baring ke kanan sakit, ke kiri sakit, menelentang sakit, siksa sangat, nak ambik pain killer rasa takut pulak sebab pain killer ni bukan bagus pun untuk jangka masa panjang! So apa yang dia ambik? Ini tips kalau nak lawan sakit senggugut tanpa sebarang pain-killer; selamat, semulajadi & sihat!

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have
not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products
are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Penafian:
Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini
bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa
jua penyakit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.