Tips Selesaikan Hutang Dan Kesempitan Hidup

TIPS SELESAIKAN HUTANG / KESEMPITAN HIDUP

1) Nabi saw ajar bila nak masuk rumah,
– Beri salam
– Baca al ikhlas 3x
– Selawat 3x

Saya sentiasa amal semasa ada kesempitan hidup dan Allah hilangkan masalah-masalah tu dalam masa yang singkat.

2) Jaga solat awal waktu
– Allah berkatkan rezeki
– Allah jauhkan siksaan kubur
– Allah beri buku amalan di tangan kanan
– Allah beri melintas titian sirat sepantas kilat
– Allah beri kita masuk syurga tanpa dihisab

Seluruh dunia ni dalam genggaman Allah swt. Bila Allah kehendaki, semua perkara sulit yang kita hadapi akan selesai. Dengan syarat kita dekat dengan Allah.

Kita selalu ikut logik akal bila nak selesaikan masalah. Kita tak ingat Allah, sebab tu masalah kita tak selesai-selesai. Maksud “ingat Allah” di sini adalah dengan mendekatkan diri kepada Allah.

Allah pemilik langit dan bumi, kalau Dia nak beri, tiada siapa yang boleh halang. Kalau Dia tahan, tak siapa boleh beri. Kena ingat tu.

Ada kenalan saya hidupnya susah, sempit, tapi bila dia mula jaga solat, baru 3 hari jaga solat, Allah dah permudahkan hidup dia. Betapa baiknya Allah, selama ni 30 tahun dia tak jaga solat tapi bila 3 hari jaga solat, dia solat awal waktu, dia lelaki…dia pergi masjid, Allah mudahkan rezeki dia. MasyaAllah.

Jaga Allah, Allah jaga kita sebab tu kita kena usaha untuk jaga solat.

P/s
Tazkirah ringkas ini oleh ustaz Ebit Lew. Ks tulis semula utk manfaat bersama.

Komen Alhamdulillah dan share jika dirasakan bermafaat.

CikguShainiRazali
.
Sentap jiwa sentap hati
bit.do/formularezekilimpahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.