Wajib Cuba! 8 Tips Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil

Wajib Cuba! 8 Tips Hilangkan Kaki Bengkak Ketika Hamil. Usia
kandungan dah mencecah trimester ketiga. Masa ni la masalah kaki bengkak selalu
terjadi pada ibu hamil. Kadang kadang masalah kaki bengkak ni sampai boleh
menggangu kehidupan harian. Nak berjalan rasa sakit, rasa tak selesa, kasut pun
kerap bertukar gara gara kaki bengkak. Apa pun keadaan ini adalah sementara sahaja. Ia akan hilang sejurus anda melahirkan anak. 

BAGAIMANA MASALAH KAKI BENGKAK TERJADI?
Situasi ini
kebiasaannya terjadi selepas usia kandungan mencecah 20 minggu. Waktu ini,
janin sudahpun membesar dan akan menekan salur ‘inferior
vena cava’ (salur
darah untuk membawa darah dari seluruh badan kembali ke jantung). Ini
menyebabkan perjalanan darah kurang lancar serta berkumpul pada kedua-dua belah
kaki. 
Perkara ini juga mengakibatkan perubahan tekanan di dalam salur pembuluh
darah menyebabkan cecair badan akan tertapis keluar daripada salur darah dan
berkumpul di celah-celah tisu badan. Oleh itu, kedua-dua belah kaki akan mula
membengkak dan selalunya ianya tidak menyebabkan kesakitan. Semakin banyak air
tertapis keluar dari saluran darah, semakin besarlah bengkak pada kaki.
TIPS KURANGKAN MASALAH KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL
Ok. Ada 8 tips untuk hilangkan kaki bengkak ketika hamil yang wajib anda cuba. Insyallah mungkin boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat kaki bengkak ni. 

1. MINUM AIR MASAK
Minum air yang mencukupi. Kebanyakan pesakit takut untuk meminum
air kerana beranggapan bahawa minum air yang banyak akan menyebabkan kaki lebih
membengkak. 

2. TINGGIKAN KAKI SEMASA BARING
Meninggikan kaki semasa baring. Letakkanlah bantal di bawah kaki
supaya aras kaki menjadi lebih tinggi dari pada paras jantung. Tarikan graviti
boleh mengurangkan pengumpulan air pada kaki. Amalkan pada waktu malam.

3. BARING MENGIRING
Baring mengiring di sebelah kiri badan. Dengan mengamalkan posisi
ini, janin tidak akan menekan salur inferior vena cava dan
pengaliran darah ke jantung akan lebih lancar.
4. AKTIF BERGERAK
Aktif bergerak. Anggapan bahawa kaki akan lebih membengkak jika
banyak bergerak adalah tidak benar. Pergerakan aktif adalah lebih baik untuk
anda kerana pengaliran darah akan lebih lancar. Secara tidak langsung, ia boleh
mengelakkan pembentukan darah beku pada salur darah kaki.


Stokin ini direka khas untuk membantu melancarkan pengaliran darah pada kaki.


5. MEMAKAI STOKIN
Compression stockings. Stokin ini tidak sama seperti
stokin harian yang biasa kita guna. Stokin ini direka khas untuk membantu
melancarkan pengaliran darah pada kaki. Ianya mempunyai keregangan tersendiri
dan perlu diukur dengan tepat daripada aras paha hingga ke tapak kaki. Setiap
bahagian stokin ini mempunyai tekanan dan keregangan yang berlainan. Compression
stocking ini digalakkan penggunaannya pada waktu malam semasa tidur untuk
disesuaikan dengan pengaliran darah menjadi perlahan semasa baring.
6. KASUT SELESA
Kasut yang selesa. Sila gunakan kasut yang longgar dan bertapak
rata untuk mengelakkan tekanan pada kaki yang boleh menyebabkan kesakitan.
7. MERENDAM KAKI
Merendam kaki. Setakat ini, tidak banyak bukti menyokong bahawa
amalan merendam kaki boleh mengurangkan bengkak pada kaki. Namun begitu,
kebanyakan pesakit berasa lebih selesa apabila kaki mereka direndam di dalam
air sejuk. Amalan ini juga boleh mengurangkan lenguh pada tapak kaki.
8. MAKAN BERKHASIAT
Bagi anda yang ingin mendapatkan kesihatan yang terbaik sepanjang 9 bulan proses kehamilan, termasuk mengurangkan risiko bengkak kaki dan sebagainya, selain makan makanan berkhasiat, anda jugak digalakkan untuk menmbil tambahan supplemen seperti set lengkap ibu hamil Shaklee

APA YANG PERLU DIELAKKAN JIKA KAKI BENGKAK KETIKA HAMIL

Cuba elakkan duduk bersilang kaki
  • Anda perlu mengelakkan duduk atau berdiri terlalu lama tanpa berehat. 
  • Jangan cuba menyilang kaki semasa duduk. 
  • Kurangkan makan makanan yang mengandungi banyak garam. Garam akan menyerap air dan ia merupakan salah satu faktor
    kaki ibu hamil mudah bengkak. 

Jom kita saksikan video ni. Hebat betul tengah mengandung pun boleh bertenaga panjat Candi Borobudur!

CARA PEMBELIAN VITAMIN IBU HAMIL 

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET HAMIL ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.