Wanita Menopaus Didatangi Haid Antara Tanda Awal Kanser Rahim

Wanita Menopaus Didatangi Haid Antara Tanda Awal Kanser Rahim. Kanser rahim adalah penyakit yang amat digeruni wanita.
Menurut laporan perubatan dikeluarkan kerajaan United Kingdom (UK) melabelkan
kanser rahim sebagai kanser keempat paling yang banyak dihadapi di negara itu
selepas kanser payudara, paru-paru dan usus. Selain wanita menapous, wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan.
Rahim terpaksa dibuang akibat kanser
TANDA AWAL KANSER RAHIM
Kanser rahim muncul daripada tisu uterus yang boleh memberi kesan kepada
sistem peranakan. Selalunya, pendarahan vagina yang tidak normal adalah gejala
paling kerap terjadi. Jika anda telah menopaus, sebarang pendarahan vagina
dianggap tidak normal. Sekiranya belum melalui menopaus, pendarahan luar biasa
mungkin termasuk pendarahan semasa kitaran haid.
KANSER RAHIM MUDAH DIKESAN PADA DUA GOLONGAN INI
Menurut Pakar Ginekologi Onkologi Hospital Serdang Dr Andi Anggeriana Andi Asri, kanser rahim adalah salah satu kanser yang mampu dikesan seawal tahap satu. Malah bagi individu yang berusia di bawah 30 tahun, rawatan susulan mampu memberikan tahap penyembuhan pada kadar yang cepat serta tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan rahim.
Wanita yang sudah menopaus didatangi haid semula perlu lakukan pemeriksaan
1. WANITA YANG SUDAH MENOPAUS
Kanser rahim mudah dikesan disebabkan tanda yang sangat jelas terutama selepas wanita itu menopaus iaitu selepas ketiadaan darah haid. Antaranya, pendarahan yang berlaku selepas menopaus. Kebiasaannya wanita mengambil mudah apabila selepas menopaus, mereka didatangi haid semula.
“Ramai mengambil mudah kerana menyangka ia darah haid. Sebab itu ada yang tidak mendapatkan rawatan dan membiarkan nya sehingga sel kanser merebak ke tahap empat. Sekiranya darah keluar semula selepas menopaus, sepatutnya mereka membuat pemeriksaan sebelum doktor mengesahkan sama ada ia penyakit serius atau tidak,” kata Dr Andi
2. WANITA YANG DIDATANGI HAID LEBIH LAMA DARI BIASA
Wanita yang secara tiba-tiba mengalami tempoh haid yang panjang serta jumlah haid yang banyak melebihi biasa juga dinasihatkan membuat pemeriksaan. Ia sesuatu yang normal sekiranya haid berlaku sekitar lima hingga tujuh hari namun sekiranya haid berpanjangan sehingga 14 hari, wanita harus mendapatkan rawatan segera kerana berkemungkinan ia adalah kanser rahim.
MENGAPA KANSER RAHIM BERLAKU?
Sehingga kini, dunia perubatan belum mengenal pasti penyebab utama kanser
ini. Namun, terdapat perkara tertentu yang boleh meningkatkan risiko menghidap
kanser seperti:
Wanita gemuk berisiko mendapat kanser rahim
1. Ketidakseimbangan hormon antara risiko penting untuk mendapat kanser
ini, khususnya mereka yang menpunyai tahap hormon estrogen yang tinggi dalam
badan.
2. Selain itu, faktor usia turut memainkan peranan dalam hal ini.
Kebanyakan wanita yang didiagnosis kanser rahim telah menopaus. Hampir tiga
perempat daripada penghidap kanser rahim adalah wanita dalam lingkungan 40
hingga 74 tahun.
3. Berat badan berlebihan selalunya mempunyai risiko dua atau tiga kali
untuk menghidap kanser rahim berbanding wanita mempunyai berat badan normal.
4. Kajian menunjukkan wanita mempunyai anak mengurangkan risiko mendapat
kanser ini
BAGAIMANA KANSER RAHIM DIRAWAT?
Majoriti pesakit kanser rahim peringkat I dan II akan berjumpa doktor. Ini
kerana pendarahan faraj yang tidak menentu mengganggu hidup dan memaksa mereka
mendapatkan rawatan. Rawatan paling biasa untuk kanser rahim adalah pembedahan membuang rahim
(histerektomi). Cara ini boleh menyembuhkan kanser rahim peringkat awal, tetapi
anda tidak dapat hamil lagi.
HUBUNGAN SEKS TERJEJAS AKIBAT KANSER RAHIM
Hidup dengan kanser ialah satu cabaran besar dan boleh menjejaskan
kehidupan. Sebagai contoh, kehidupan seks akan terjejas jika mempunyai histerektomi.
Anda mungkin mendapati secara fizikalnya lebih sukar untuk melakukan hubungan
seks dan kurangnya dorongan untuk melakukan seks terutamanya selepas rawatan
radioterapi.
Perbincangan dengan ahli keluarga terdekat mahupun kenalan yang mengalami
nasib sama mampu meringankan tekanan emosi diri.

Namun, sebagai umat Islam kita harus sentiasa berusaha mencari jalan untuk
mengubati penyakit ini dan pada masa sama terus berdoa kepada yang Maha Esa
untuk diberikan ketabahan hati dalam mengharungi dugaan ini.

VIVIX DAN KANSER RAHIM
Kajian di  Resveratrol-induced Autophagocytosis in Ovarian
Cancer Cells. Opipari, A.W. Jr., et al., et al. [ed.] Frank J. Rauscher III. 2,
Philadelphia: American Association for Cancer Research, January 15, 2004,
Cancer Research, Vol. 64, pp. 696-703. DOI:
10.1158/0008-5472.CAN-03-2404; http://cancerres.aacrjournals.org/content/64/2/696.long.
ISSN: 1940-6207.
“resveratrol was shown to stop cell growth and induce
death of ovarian carcinoma cell lines by promoting self-degradation of the
cancer cell structures—a process called autophagocytosis”
  • Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai
    kandungan antioxidant yang paling tinggi.
     Daripada kajian juga
    mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur
    Muscadine .
  • Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk
    mendapat kesihatan yang optima
     dan dapat membantu mencegah penyakit.
    Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari
    radikal bebas.
  • Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana
    resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam
    tubuh manusia merebak.
  • Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska
    Medical Center.Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan
    kanser semasa estrogen
     baru hendak memulakan proses pengembangan
    kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia
    yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh
    sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.

VIVIX 10 X MORE POWERFUL berbanding
dengan Resveratrol.

CARA PEMBELIAN VIVIX UNTUK KANSER RAHIM

CARA 1

Anda boleh terus klik ke VIVIX ini
dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink
dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan
konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara
pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda
berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan
pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
PENAFIAN :
Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja.
Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan
perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual ‘tidak semestinya mewakili pandangan
pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai
pengalaman yang sama.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.